top of page

Ismail Haniyeh titip pesan, 'Anwar teruskan perjuangan'



Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan di ibu negara Iran, Tehran pada Rabu lalu ada menitipkan pesanan kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa jam sebelum dibunuh.


Perkara itu didedahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Himpunan Pembebasan Palestin di Arena Axiata di Bukit Jalil malam tadi.


"Saya pergi ke Iran untuk mewakili Malaysia dalam program angkat sumpah Presiden Iran. Sampai di sana saya bertemu Speaker Iran dan Presiden Iran. Esoknya upacara diadakan dan Ismail Haniyeh duduk betul-betul di depan saya.


"Habis upacara angkat sumpah dia menoleh (kepada saya), tanya pasal Anwar, saya sampaikan salam Anwar kepada beliau.


"Saya cuba panjangkan perbicaraan mengenai keluarganya, (tetapi) dia kata tolong balik, beritahu Anwar teruskan perjuangan mulia beliau.


"Malam ini, saya sampaikan kepada Anwar bahawa Ismail Haniyeh meminta beliau terus memimpin dan berjuang untuk anak-anak di Palestin," kata Johari dipetik.


Pengawal Revolusi Iran pada Sabtu berkata bekas Perdana Menteri Palestin itu dibunuh menggunakan peluru jarak dekat dengan kepala peledak kira-kira 7 kilogram yang disasarkan ke rumah tamunya.

Sementara itu Johari ketika berkongsikan perbualan berkata, Ismail tidak gentar berhadapan dengan maut.


"Dia pegang saya, dia kata kawanku, saudaraku beritahu mereka, semua manusia di atas muka bumi akan mati, keluarga saya telah pun pergi, yang membunuh juga akan pergi.


"Persoalan apabila kita dihidupkan kembali, bagaimana kita berhadapan dengan Tuhan nanti?" kata Johari.


Johari yang kelihatan sebak turut berkata, tempat beliau menginap di Tehran berhampiran dengan kediaman Ismail.


Beliau kemudian hanya mengetahui kematian pejuang Palestin tersebut selepas melihat banyak pergerakan tentera di sekitar penginapannya.


Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page