top of page

Islamofobia: PM Anwar seru tolak prejudis, kejahilan terhadap Islam

Updated: May 15



Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tidak berlaku pertembungan antara tamadun sama ada Barat dan Timur atau dunia Islam dengan kuasa lain sebaliknya ia adalah soal kejahilan tentang pelbagai aspek kehidupan termasuk budaya.


Perdana Menteri berkata, masyarakat pada masa ini yang berada dalam era pasca normal di mana perubahan berlaku dengan pantas, dari masalah Gaza hinggalah kepada Ukraine, kerumitan berlaku kerana sesetengah pihak masih mengamalkan prejudis dan tidak mengambil peduli.


"Itu bukan pertembungan tamadun, manusia yang bertambah bertamadun mereka tidak saling bertembung, apa yang berlaku ialah kerana kejahilan. Kita perlu belajar tentang kemanusiaan dan mengenali antara satu sama lain,


"Ia adalah tentang pertentangan soal kejahilan, (terhadap) Islam atau budaya yang lain, jika tidak faham. Sebab itu Islam menyeru kepada "li taarafu" (mengenali antara satu sama lain), kita membezakan seseorang bukan kerana kekayaan mereka atau warna kulit tapi tahap ketaqwaan, itu mewakili konsep kemanusiaan," katanya dalam syarahan bertajuk "Masa Depan Dunia Islam di Universiti Hamad bin Khalifa, Qatar semalam.


Terdahulu beliau menjelaskan tentang karya Samuel P Huntington mengenai "Clash of Civilization" dan perkara itu dijawab oleh sarjana Palestin-Amerika Edward Said yang menolak teori pertembungan tamadun itu.


Anwar berkata sekiranya bercakap soal masa depan Islam, mereka tidak boleh menafikan tentang relevan soal kepercayaan dan nilai serta prinsip kemanusiaan.


"Apa yang berlaku sekarang itu menjelaskan tentang perkara tersebut. Ketika bertemu Emir Qatar, saya tertarik dengan satu pernyataan beliau tentang kerumitan dan krisis dalam era pasca normal.. ada simpati ditunjukkan terhadap Ukraine dan Rwanda, hingga ke Afrika Selatan... tetapi tidak kepada rakyat Palestin, ketika waktu PLO, Fattah dan sekarang Hamas. Ini adalah Islamofobia, ia adalah prejudis dan kebencian


"Kita tidak perlu benci orang lain sama ada Krisitan, Yahudi, Hindu kerana al-Quran minta 'taarafu'.. ia mengatasi soal toleransi, ia adalah pengetahuan untuk mengenali dan menerima perbezaaan dan cuba untuk memahami antara satu sama lain," ujarnya.


Perdana Menteri menegaskan, dunia tidak boleh lagi meneruskan persepsi yang dibina oleh kolonial yang membezakan antara Barat dan Timur kerana mereka dianggap adalah lebih berkuasa.


"Kita tidak diajar benci orang lain sebab itu kita Malaysia dan Qatar kita selesa... dengan Amerika, China dan jiran kami. Misalnya Malaysia di utara jiran kami, Thailand adalah majoriti orang Buddha, Singapura hinggalah ke Indonesia di selatan yang majoriti Islam manakala di Timur adalah Filipina majoriti Kristian dan di Timur Jauh adalah Confucious dan pasca Komunis.


"Tidak ada bezanya dalam kerjasama, menghormati dan persefahaman budaya. Di Malaysia pada beberapa dekad lalu, saya pernah anjurkan persidangan mempopularkan siri Kebangkitan Asia dengan memperkenalkan tokoh besar Filipina, Jose Rizal, yang membawa idea melawan imprealisme Sepanyol, kuat menyeru kepada kemerdekaan dan integriti dalam kalangan masyarakatnya.


"Saya cuba menjadi Islam yang baik tetapi tidak diajar untuk prejudis dan menggalakkan kebencian," ujarnya sambil berkata beliau juga mengangkat tokoh Islam seperti Jamaluddin al-Afghani dan Muhmamad Iqbal.


Sebab itu jelasnya, perasaan sakit hati timbul dan perkara itu dinyatakan di hadapan Presiden Jeo Biden dan Canselor Jerman Olaf Scholz kerana pendirian tidak konsisten berkenaan Palestin sebagaimana sikap dan simpati mereka terhadap apa yang berlaku di Ukraine - negara Timur Eropah yang sedang berperang dengan Rusia.


"Mereka (pemimpin negara Barat) masih meneruskan mantra 7 Oktober (serangan Hamas ke atas wilayah diduduki Israel yang membunuh lebih 1,100 orang)," ujarnya.


Anwar berkata Malaysia yang mempunyai penduduk 60 peratus majoriti Islam, dengan mandat sebagai Perdana Menteri menyebabkan beliau rasa tidak selesa, sekiranya ada orang Cina Kristian atau India Hindu merasakan mereka didiskriminasi.


"Dalam memerangi kemiskinan - tidak kira Islam atau tidak itu adalah tanggungjawab saya untuk memberikan perlindungan.


"Namun kalau kita lihat ada negara majoriti bukan Islam, membenci dan mendiskriminasi orang Islam sedangkan mereka bercakap soal demokrasi dan hak asasi manusia tetapi membenarkan berlaku genosid sama ada di Rwanda atau Gaza. Ini adalah satu kegilaan, dan hipokrasi," katanya.


*Foto kredit: Afiq Hambali/PMO

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page