top of page

'Islam tidak ajar bermusuh hanya sebab perbezaan fizikal' - Rafizi



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli membidas ahli politik pembangkang yang terus menggunakan isu perkauman demi meraih sokongan.


Mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria baru-baru ini, Rafizi menegaskan Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk bermusuh hanya disebabkan perbezaan fizikal.


"Razman Zakaria membuat ucapan perkauman yang secara halus mengatakan orang Melayu mesti bersatu untuk melawan orang Cina.


"Dia kata mata sempit tu orang Cina, jadi yang mata bulat macam dia ialah Melayu.


"Saya tenung-tenung gambar dia dengan Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen. Saya rasa mata mereka sama sempit dan semua bulat," katanya menerusi satu hantaran video di laman sosial X.


Razman didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman pada perhimpunan tanpa kebenaran di Menara Condong Teluk Intan, Perak susulan insiden pengibaran bendera China di lokasi sama semasa festival kebudayaan Guan Gong.


Pengibaran bendera China dikibarkan pada pesta antarabangsa dan ia disertai oleh ratusan delegasi dari luar negara itu dipolemikkan pembangkang walaupun terdapat bendera negara selain China turut dikibarkan.


Mengulas lanjut, Rafizi menegaskan bahawa beliau malu akan kenyataan yang dibuat oleh Razman kerana sejarah Islam di China lebih lama berbanding Malaysia.

Menurutnya, jumlah orang Islam di China dijangka sekitar 30 juta hingga 50 juta orang bahkan lebih ramai berbanding Bumiputera Islam di negara ini.


"Saya tak terkejut Razman terus buat kenyataan berbahaya seperti ini. Dia ada rekod buka mulut kena saman. Dengan PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dia minta maaf. Dengan Lim Guan Eng, bayar saman kerana memfitnah," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page