top of page

Iskandar Malaysia cemerlang, berjaya dapat RM41 bilion pelaburan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 1 min read

PM DS Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat ke-34 Ahli Pihak Berkuasa, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). Foto : FB Anwar
PM DS Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat ke-34 Ahli Pihak Berkuasa, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). Foto : FB Anwar

Koridor pembangunan di Selatan Johor, Iskandar Malaysia pada tahun lalu mencatat kecemerlangan meraih pelaburan RM41.4 bilion.


Hal itu dimaklumkan dalam mesyuarat ke-34 Ahli Pihak Berkuasa, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.


"Bagi tahun 2024, Iskandar Malaysia telah berjaya mencatatkan pelaburan komited sejumlah RM41.4 bilion (kenaikan 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada tahun 2023) dan nilai ini merupakan pencapaian tertinggi sejak Iskandar Malaysia diwujudkan.


"Tahun lalu juga, nilai pelaburan yang direalisasikan mencecah RM26.7 bilion. Pelaburan Asing sebanyak RM36.1 bilion dan Pelaburan Domestik sebanyak RM5.3 bilion hatta pencapaian ini membuktikan bahawa keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia terus meningkat," katanya dalam muat naik di Facebook.


Anwar turut menekankan pentingnya koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia pada waktu ketidak tentuan ekonomi global ketika ini bagi memastikan ekonomi negara terus mantap.


"Untuk itu, saya tekankan kepentingan persediaan koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia dalam mengharungi keadaan ekonomi dan perdagangan dunia yang kian mencabar dan tidak menentu," katanya lagi.


Turut bersama dalam mesyuarat semalam adalah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page