top of page

Isi rumah miskin dapat bantuan RM13 ribu setahun, Belanjawan 2025 terbaik - Faiz



Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu merupakan yang terbaik dalam sejarah.


Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil, belanjawan itu dikira amat prihatin kepada golongan memerlukan terutama keluarga B40 yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup sejak pasca Covid 19, 2021 lalu.


Katanya, pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang ditingkatkan misalnya akan memberi keluarga miskin nilai bantuan sebanyak RM13,000 setahun dan amat membantu kehidupan mereka.


"Kadar maksimum bantuan tunai STR dan SARA dinaikkan ke RM4,600 berbanding RM3,700, manakala peruntukan bantuan tunai Jabatan Kebajikan Masyarakat ditambah setengah bilion ringgit ke RM2.9 bilion.


"Jika dihitung keseluruhan bantuan STR, SARA dan JKM, Belanjawan 2025 memastikan isi rumah miskin dengan 3 anak layak menerima bantuan lebih RM13 ribu setahun. Ini merupakan satu peningkatan yang sangat ketara," katanya dalam kenyataan.


Begitu juga, kata Faiz, belanjawan itu tidak mengenepikan golongan petani dan nelayan yang mendapat pelbagai bantuan berupa subsidi bahan bakar dan sumbangan tunai.


"Sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia atau LKIM, saya menyambut baik pengumuman kerajaan menaikkan peruntukan subsidi, bantuan dan insentif untuk nelayan dan pesawah kepada RM2.78 bilion.


"Ini termasuk keputusan menaikkan kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelavan kepada RM84 ribu ringgit untuk Semenanjung (peningkatan 50%) dan RM90 ribu untuk Sabah dan Sarawak (peningkatan 32%).


"Bantuan diesel turut dikekalkan untuk para nelayan, membuktikan Kerajaan MADANI cakna dengan keperluan sebenar komuniti kecil ini yang memberikan sumbangan besar kepada agenda keterjaminan makanan," ujarnya.


Selain itu, menurut Faiz, Belanjawan 2025 juga sarat dengan inisiatif untuk sektor pertanian, dengan fokus khusus terhadap keterjaminan makanan.


Hal itu, katanya, termasuk pembangunan tanah terbiar kerajaan dan insentif tunai serta pembiayaan untuk para petani, pesawah, pekebun kecil dan penternak.


Manakala program "step up financing" untuk rumah pertama, RM20 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), 60,000 mahasiswa kurang mampu khususnya dari Sabah dan Sarawak akan diberi bantuan pembelian tiket penerbangan, serta 15,000 anak muda kurang mampu akan ditampung bayaran mendapatkan lesen motosikal pula menunjukkan betapa prihatinnya Kerajaan Madani terhadap agenda pembangunan anak muda.


Begitu juga Faiz mengucapkan syabas kepada Kementerian Kewangan yang berjaya mengurangkan defisit kerajaan tanpa memotong manfaat rakyat dalam belanjawan kali ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page