top of page

IPR tanam nanas di Sabah: Satu lagi kejayaan projek jana pendapatan rakyat



Oleh: Akmal Manaf


Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Inisiatif Usahawan Tani (Intan) tanaman nanas di Sabah merupakan satu lagi projek menjana pendapatan rakyat di bawah Kementerian Ekonomi yang cemerlang.


Menurut satu video dimuat naik di Facebook Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, ladang nanas seluas 500 ekar bersamaan enam kali ganda saiz Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu dan mempunyai seramai 450 peserta sudah pada peringkat akhir untuk dituai hasilnya.


Ladang di Kampung Gana, Kota Marudu, Sabah tersebut ditanam nanas varieti MD2 dan dijangka mampu mengeluarkan hasil 2,500 tan buah pada musim kali ini.

Tuaian nanas amat lumayan

"Mereka berasal daripada golongan B40 dan miskin yang duduk di sekitar Kampung Gana.


"Di sini, peserta dapat menjana RM2,000 sebulan, tetapi itu tidak termasuk lagi dengan bonus yang mampu mencecah Rm15,000 semusim.


"Satu kilogram nanas MD2 bersamaan RM6 di pasaran, jika mereka dapat capai sasaran (2,500 tan), hasil yang diperoleh itu dapat mencapai RM15 juta," kata siaran media berkenaan.


Dalam video itu, turut dinyatakan bahawa nanas yang ditanam mengambil masa 15 bulan untuk menghasilkan buah yang ranum dan manis.


"Bulan ini peserta sudah mula proses tuai dan dijangka pada musim pertama ini peserta akan tuai sebanyak 2,500 tan hasil nanas.


"Nanas-nanas itu akan dijual kepada pasaran tempatan dan juga kepada Rompine Integrated Pineapple Industry (RIPI)," ujar siaran media itu.


IPR-Intan merupakan projek di bawah Kementerian Ekonomi untuk membantu petani golongan B40 dalam kalangan penduduk luar bandar melalui konsep penyertaan dalam ladang berkelompok.


Sebelum ini, Inisiatif Usahawan Tani amat berjaya di Semenanjung dengan tuaian hasil cili dan para peserta projek cili memperolehi pendapatan sehingga RM5,000 sebulan bagi setiap peserta.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page