top of page

IPCC terima 529 aduan kelakukan polis, semua dilayan seadilnya



Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah menerima sejumlah 529 aduan membabitkan anggota pasukan keselamatan itu dalam tempoh selepas lebih setahun Akta IPCC 2022 dikuatkuasakan pada 1 Julai tahun lalu.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu termasuk 140 aduan yang diterima sebelum akta itu diwujudkan dengan kes tertinggi membabitkan rasuah dan jenayah anggota polis.


"Kalau (aduan) berkaitan bidang kuasa rasuah, ia perlu disalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan kalau jenayah diserahkan kepada pihak polis.


"Kalau aduan itu memenuhi bidang kuasa IPCC barulah mereka akan siasat," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran IPCC, Police, Friends and Collaborators (IPFC) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur hari ini.


Hadir sama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.


Saifuddin berkata sepanjang tempoh dari Julai lalu, IPCC telah melakukan sebanyak 195 lawatan berjadual melibatkan enam Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di di seluruh negara.


"IPCC telah kemukakan syor untuk diangkat kepada PDRM seperti perolehan untuk pasukan keselamatan itu dan penambahbaikan kebajikan anggota polis, ada antara mereka menjalankan tugas siasatan, risikan dan ketenteraman awam terlibat dalam urusan pentadbiran...ini keperluan yang perlu dilihat," katanya.


Katanya, IPCC menjalankan peranannya berdasarkan aduan oleh mana-mana pihak, termasuk orang awam dan kemudian mencadangkan tindakan yang wajar diambil dalam usaha menambah baik perkhidmatan PDRM.


"Antara aduan yang diterima bersifat aduan yang tidak diambil tindakan oleh polis. Maka laporan dibuat kepada IPCC selepas pengadu berasa aduan atau laporan awal mereka tidak diambil tindakan, maka terjadi laporan berulang dan terjadi isu polis tidak mengambil tindakan.


"Ada juga aduan menyatakan kes selesai disiasat, sudah diberi keputusan dan diklasifikasikan masalah remeh kerana babit masalah sengketa peribadi," katanya.


Dalam pada itu jelas beliau IPCC kini sedang dalam proses mengubal peraturan membabitkan kuasa Menteri Dalam Negeri bagi mengendalikan sebarang kes seperti jenayah seksual, penderaan dan kematian dalam tahanan.


Saifuddin berkata peraturan tersebut akan menjelaskan bidang kuasa menteri seperti terkandung dalam Seksyen 46 Akta IPCC bagi mewujudkan sebarang undang-undang berkaitan sekiranya berlaku kes-kes tersebut.


"Ada kuasa menteri buat peraturan, sekarang dibangunkan (peraturan) keadaan bagaimana menteri boleh terbabit sebagaimana kuasa diberikan dalam Sekyen 46 akta itu.


"Misalnya berlaku dalam keadaan di mana orang dalam tahanan polis mengalami kecederaan parah, penganiayaan seksual dan kematian ketika berada dalan tahanan polis, seksyen itu membolehkan IPCC buat peraturan," katanya.

0 comments

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page