top of page

Internet 5G: Pemilihan U Mobile secara tender, pemilikan asing boleh dikurang 20%



Oleh: Akmal Manaf


Pemilihan syarikat U Mobile Sdn Bhd sebagai pelaksana rangkaian kedua 5G negara dibuat menerusi proses tender dan bukan secara penganugerahan terus.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan proses terperinci daripada aspek teknikal dan komersial bagi memilih pengendali rangkaian mudah alih berkenaan.


''Pemilihan syarikat pelaksana rangkaian 5G kedua dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal yang telah dikemukakan.


''Ia seperti rekod berkaitan kadar aduan dan kepuasan pelanggan serta prestasi syarikat-syarikat ini dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain.


''Ini termasuk faktor sumbangan kepada projek penyediaan perkhidmatan sejagat seperti Jendela Fasa 1 dan projek penaiktarafan 4G yang selaras dengan komitmen MCMC untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan kecemerlangan perkhidmatan,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Fahmi menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu alasan pemberian lesen kepada U Mobile untuk melaksanakan rangkaian kedua 5G.


Menjelaskan kepada dewan, beliau berkata, dalam pemilihan itu, komitmen pengawal seliaan telah ditetapkan untuk memastikan pematuhan kepada standard yang ditetapkan.


Katanya, piha MCMC akan memantau komitmen itu dengan teliti dan tindakan kawal selia serta penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap sebarang ketidakpatuhan.


''Keperluan am pegangan ekuiti asing bagi lesen individu, pemberi kemudahan rangkaian (NFP) dan lesen individu pemberi perkhidmatan rangkaian (NSP), adalah maksimum 49%, manakala pegangan bumiputera adalah sekurang-kurangnya 30%.


''Keperluan ini diperuntukan melalui syarat khas lesen bagi sesuatu lesen individu dan ketika ini pegangan ekuiti asing dalam U Mobile adalah masih dalam lingkungan pematuhan syarat khas lesen yang dikeluarkan kepada syarikat telekomunikasi itu.


''U Mobile juga telah memberi komitmen dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 2 November untuk mengurangkan pegangan asing kepada 20% bagi memastikan kawalan yang lebih besar oleh rakyat Malaysia dan mengundang penyertaan pelabur tempatan,'' ujarnya lagi.


Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menyifatkan, keputusan memilih U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua di negara ini adalah tidak bertentangan dengan syarat khas lesen bagi suatu lesen individu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page