top of page

Intai peluang di Selangor: Bersatu jangan lupa 'minta izin' Pas - Saifuddin



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berdegar degar mengumumkan untuk mengintai peluang menawan tiga negeri di Pantai Barat termasuk Selangor semalam perlu minta izin kepada 'abang besar' Pas terlebih dahulu.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad, Bersatu bukanlah parti terbesar dalam Perikatan Nasional (PN) yang boleh menetapkan strategi untuk menawan mana mana negeri atau mengetuai kerajaan bersendirian kerana parti itu masih bergantung kepada Pas terutama dalam jentera pilihanraya.


"Bersatu perlu meminta keizinan daripada Pas sebelum menanam cita-cita untuk menerajui pentadbiran di mana-mana negeri.


"Kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu sedang mengintai peluang untuk menjadi Menteri Besar di Selangor selain Perak dan Pahang adalah gambaran yang beliau tidak menyedari mana parti yang lebih besar dalam Perikatan Nasional.


"Kedudukan Tan Sri Muhyiddin sendiri selaku budak poster bagi PN untuk Pilhan Raya Umum 16 juga sudah tidak selamat apabila mula dipertikaikan oleh Pas maka adalah hampir mustahil untuk parti dapat membuat keputusan sendiri pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Saifuddin, polemik calon PM dari PN yang mendapat komen balas Pas baru baru ini seharusnya menginsafkan parti itu bahawa rakan kongsinya juga mempunyai cita cita untuk mengepalai PN, apatah lagi di peringkat tiga negeri yang dinyatakan untuk ditawan itu.


Katanya, Pas sendiri telah menunjukkan penguasaannya di empat negeri yang mana Bersatu mengambil peranan kurang penting dalam kerajaan negeri pembangkang.


"Malah Pas menerajui empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kerana parti itu yang menguasai keputusan di dalam Perikatan Nasional dan bukanlah kerana persetujuan Bersatu atau Muhyiddin," katanya.


Bagaimanapun, kata Saifuddin yang juga Setiausaha Politik Datuk Menteri Besar Selangor, pihaknya tetap menerima sebarang persaingan politik sihat di Selangor demi kepentingan masa depan rakyat dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.


"KEADILAN dan Pakatan Harapan Selangor akan terus memberikan bakti perkhidmatan terbaik (kepada rakyat) bagi memastikan iltizam memajukan negeri ini berterusan," katanya lagi.


Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin semalam berkata beliau yakin partinya mampu menguasai Selangor, Perak dan Pahang pada PRU akan datang. Hal itu berdasarkan kepada sokongan yang didakwanya semakin meningkat di tiga negeri berkenaan.


"Di Pahang di Perak, kita dah melihat sokongan sudah meningkat. Di Selangor kita hanya kurang sedikit sahaja, kalau tidak Menteri Besar kita sudah di sini (Azmin).


"Jadi maknanya kita tidak boleh menafikan kemungkinan (untuk menguasai negeri) itu," katanya dipetik dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpuan Agung Tahunan Bersatu di Shah Alam, semalam.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page