top of page

Institusi pondok berperanan tangani kebimbangan berkaitan isu 3R



Institusi pondok memiliki kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan terutama dalam usaha membendung ekstremisme.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain itu pihaknya melihat potensi institusi pendidikan itu sebagai rakan strategik KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memperkukuh kefahaman mengenai Islam.


"Institusi pondok telah menjadi benteng akidah umat sejak zaman penjajahan dan terus memainkan peranan penting hingga hari ini.


"Saya melihat ada ruang untuk KDN dan pasukan polis mendekati serta bekerjasama dengan mereka.


"Banyak idea daripada mereka yang boleh membantu dalam memperjelaskan keadaan dalam masyarakat kita hari ini, khususnya dalam membina kefahaman antara Muslim dan bukan Muslim, hubungan sesama Muslim, serta interaksi Muslim dengan bukan Muslim," katanya dipetik.


Sementara itu tambah Saifuddin, institusi pondok juga berperanan dalam menangani isu 3R (agama, kaum, institusi Diraja) yang sering dimainkan secara berlebihan di media sosial.


Langkah itu jelasnya, dapat meredakan ketegangan serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat berhubung isu yang dipolemikkan itu.


"Kini, menjadi tanggungjawab kita untuk menggabungkan kekuatan lama dan idealisme baharu demi memastikan parti terus relevan dan diterima rakyat," ujarnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page