top of page

Institusi pendidikan awal kanak-kanak diperkasa - Fadhlina



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI bakal memperkasakan institusi pendidikan awal kanak-kanak dengan memfokuskan empat kluster utama iaitu pendaftaran, keselamatan, kesihatan dan kurikulum.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, pemerkasaan pendidikan awal kanak-kanak salah satu daripada enam 'task force' bagi memperkasakan pendidikan negara yang diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini.


Tambahnya, langkah memperkasa institusi pendidikan awal itu dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Mengawal Selia Secara Bersepadu Penubuhan dan Operasi Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak bilangan 1 Tahun 2024 dipengerusikan beliau pada Isnin.


"Pertemuan ini turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang serta wakil dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perpaduan Negara.

"Ia langkah permulaan penting untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap institusi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia


"Saya berharap hasil perbincangan ini akan membawa kepada pelaksanaan yang lebih berkesan dan komprehensif dalam mengawal selia institusi pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara," katanya.


Sementara itu, Nancy menerusi catatan di Facebook berkata pendidikan awal kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama merentas kementerian.


Justeru usaha perlu ditingkatkan serta diselaraskan bagi memastikan sistem pendidikan yang berkualiti dan kondusif dapat diwujudkan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page