top of page

INSKEN, UiTM: Melakar perjuangan 2025, memartabat anak bangsa - Mustaffa Kamil



Sepanjang tahun 2014 Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di bawah kepimpinan Pengerusinya, Mustaffa Kamil Ayub telah berjaya membimbing dan melatih ribuan usahawan baharu.


Menurut Mustaffa, pelbagai latihan dan bimbingan diberikan pihak INSKEN kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan dan keusahawanan.


"Dalam konteks INSKEN, tahun 2024 kita telah melatih dan membimbing sebanyak 13,000 usahawan baharu, melebihi jangkaan awal iaitu 10,000.


"Bagi tahun 2025, INSKEN berhasrat melatih dan membimbing 25,000 usahawan Madani Baharu. Di samping itu beberapa kerangka Rangkaian Keusahawanan ASEAN dan Global juga akan digerakkan.


"Anugerah Usahawan Madani dan Alumni INSKEN juga diperkenalkan tahun ini dalam merangsang, menghargai dan merangkaikan para usahawan," katanya dalam kenyataan.


Mengimbau perjalanan INSKEN sepanjang tahun 2015 hingga 2024, kata Mustaffa, seramai125,391 usahawan telah melalui program latihan dan bimbingan keusahawanan.


Manakala aktiviti INSKEN lainnya lebih tertumpu kepada pemberian pinjaman dalam pelbagai skim.


Universiti-universiti juga sejak sekian lama, kata beliau, telah memainkan peranan proaktif dalam melahirkan usahawan yang berjaya. Antaranya di UiTM dengan pewujudan MASMED sebagai wadah mencanai bakat keusahawanan anak muda Bumiputra.


Ke hadapan, INSKEN sedang berusaha membina rangkaian Bisnes ASEAN sempena kepengerusian Malaysia; mengembangkan Rangkaian Bisnes ASEAN+++++ seumpama OIC, BRICKS dan lain lain; mewujudkan Komuniti Bisnes Madani ASEAN-China berasaskan produk halal; mewujudkan Sekretariat Usahawan Madani Bumiputra (SUMBU), OSC (Pusat Sehenti Keusahawanan) & Rangkaian Usahawan Madani (RUM); menyemarakkan Gerakan Menggilap setting Minda Keusahawanan dan menjadikan Global Madani Entrepreneurship Forum sebagai satu acara tahunan.


Manakala sebagai Lembaga Pengarah UiTM pula, Mustaffa telah bertemu kira-kira 5,000 orang pelajar, pensyarah dan pentadbir dalam 20 siri Syarahan Malaysia Madani sepanjang 2024.


"Mereka (mahasiswa) menyatakan kesediaan selaku Duta Malaysia Madani berperanan di pelbagai pelosok negara.


"Dalam konteks UiTM, Program Pemahaman, Pemantapan dan Penghayatan Malaysia Madani akan terus digerakkan di 34 buah Kampus UiTM dengan kira-kira 200,000 mahasiswa dan 1 juta alumninya," kata beliau lagi.


Mustaffa dalam siri ceramah di UiTM juga sering kali menekankan empat teras Malaysia Madani iaitu, membina semula ekonomi melalui pendekatan human economy menerusi penstrukturan semula ekonomi berasaskan etika dan kemampanan; menjamin kesejahteraan insan ditunjangi prinsip adil dan ihsan; institusi kemasyarakatan diperkasa demi menjaga martabat dan maruah keinsanan, hormat menghormati dan solidariti.


Tidak ketinggalan reformasi institusi demokrasi dan perundangan ke arah mengoptimumkan fungsi dan tanggungjawabnya bagi melaksanakan dasar dasar berkaitan, dan mewujudkan pentadbiran beramanah melalui pembaharuan bagi mewujudkan sistem yang adil dan bermanusiawi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page