Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) baru baru ini menyertai Karnival Apresiasi Rakyat 3.0 yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran di Kuantan, Pahang pada 3-4 Ogos lalu.
Menurut satu kenyataan, karnival dikelolakaan Jabatan Hal Ehwal Veteran di bawah pimpinan Mejar Jeneral Datuk Zambery Jefry Hj Darus itu amat meriah dan dihadiri sekitar 5,000 orang pengunjung.
"Pengerusi INSKEN, Mustaffa Kamil Ayub (gambar, dua dari kanan) turut bersama dalam majlis perasmian oleh Datuk Seri Shafiq Fauzan mewakili Menteri Besar Pahang dan Malam Apresiasi bersama Datuk Seri Nizar Najib, Exco Kerajaan Pahang," ujar kenyataan berkenaan.
Dalam pada itu, INSKEN juga turut menerima sijil penghargaan pada Malam Apresiasi tersebut.
Comments