top of page

Insiden tembakan: APMM lepaskan tembakan untuk pertahankan diri - Saifuddin



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Dalam Negeri (KDN) tampil mempertahankan tindakan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang didakwa terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Januari lalu.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan pengalaman APMM, sekiranya penguatkuasa berhadapan dengan situasi mencurigakan, ia selalunya berkaitan dengan kesalahan penyeludupan, senjata, dan dadah.


''Oleh itu mereka (APMM) memberikan amaran melalui pembesar suara dan melepaskan tembakan ke udara.


''Kemudian berlaku pula kejadian bot APMM dilanggar. Dalam keadaan (jarak) dekat itu, didapati memang ada parang dalam bot mereka.


''Jadi kita kena ambil keseluruhan konteks itu. Kalau kita berada pada kedudukan anggota penguatkuasa yang sedang mengawal kedaulatan wilayah dan berdepan dengan sasaran yang sudah disuruh berhenti, tidak berhenti, jadi apa kita akan buat?'' katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.


Saifuddin menyifatkan, tindakan pertama iaitu memberi amaran merupakan langkah sangat penting yang telah dimulakan APMM.


Katanya, bot tersebut ternyata tidak menghiraukan amaran dan terus memecut laju.


''Bot tersebut telah diberi amaran dan terus bergerak, maksudnya bot itu harus dikejar.


''Jadi berlaku insiden kejar mengejar dan pada ketika itu juga berlaku percubaan bot tersebut untuk melanggar bot APMM.


''Percubaan melanggar itu secara jelas mensasarkan pada bahagian enjin bot.


''Enjin bot APMM ini menggunakan petrol, jadi ia dalam bahaya kalau enjin bot petrol ini dirempuh dan boleh menyebabkan letupan,'' jelas beliau lagi.


Untuk rekod, sebelum ini Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata dalam insiden terbabit, dua suspek yang dipercayai warga asing yang berada di atas bot, didakwa cuba menyerang pegawai Maritim Malaysia dengan parang sekitar jam 3 pagi, selepas mereka merempuh bot pegawai berkenaan sebanyak empat kali.


Pegawai Maritim Malaysia melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot suspek sebagai tindakan mempertahankan diri.


Pada jam 9 pagi hari sama, Maritim Malaysia menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah bot yang hanyut di pantai Banting. Apabila diperiksa bot berkenaan Maritim Malaysia mendapati dua lelaki di dalamnya. Seorang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk rawatan.


Hussein turut mengesahkan polis menerima laporan mengenai tiga lelaki, yang disyaki warga asing mengalami kecederaan tembakan. Mereka mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah di Serdang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page