top of page

Insiden tanah jerlus dikaitkan bala Allah dibidas - AMK Wilayah



Oleh: Abdullah Zaid


Dakwaan Pemuda Pas Machang mengaitkan insiden tanah jerlus di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini sebagai bala Allah disifatkan sebagai keterlaluan.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin berkata, kenyataan yang dibuat wakil pemuda Pas Kelantan itu tidak sepatutnya berlaku malah beliau perlu lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu perkara.


"Tidak adil sekiranya kita mudah (bermudah mudah) mengeluarkan sesuatu hukum dengan mempergunakan ayat suci Al-Quran hanya untuk dijadikan sebagai modal politik untuk menyerang pihak lawan.


"Hakikatnya, negeri yang ditadbir oleh parti Pas sendiri seperti di Kelantan dan Terengganu setiap tahun dilanda musibah banjir sehingga menyebabkan berlakunya kehilangan nyawa dan harta yang sangat besar.


"Adakah adil jika kita katakan bencana banjir ini sebagai bala Allah SWT?" katanya dalam satu kenyataan.


Semalam perwakilan Pemuda Pas Machang, Mohd Sharif Mohd Azhari mendakwa insiden lubang benam sehingga mengorbankan seorang wanita warganegara India di Kuala Lumpur disifatkan sebagai balasan Allah.


Berdasarkan laporan Malaysiakini, beliau turut mendakwa kejadian itu boleh terjadi susulan apa yang dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur.


Memetik ayat al Quran daripada surah al-Ankabut, katanya, salah satu bala Allah adalah menenggelamkan manusia ke dalam bumi.


Mengulas lanjut, Azha berkata, dakwaan bala yang cuba dikaitkan dengan Kerajaan Perpaduan amatlah merepek.


Apatah lagi, katanya menyentuh pergerakan tanah yang memerlukan masa lama untuk berlaku dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada Kerajaan Perpaduan semata mata.


Bagi kerajaan semasa, kata Azha, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan sedaya upaya telah melakukan yang sebaik baiknya dalam operasi mencari dan menyelamat sepanjang insiden berkenaan.


"Oleh itu, Pas dinasihatkan supaya berhenti mempergunakan nama Islam sebagai modal politik untuk menyerang pihak lawan.


"Tindakan menunggang nama Islam secara terpesong membuatkan imej Islam di Malaysia tercemar dengan budaya-budaya yang melampau dan ekstrem," ujarnya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page