top of page

Insiden penjaja-DBKL: Pihak berkuasa perlu bertindak dengan ihsan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 30
  • 2 min read

Tangkap layar insiden penjaja tidak berlesen cuba disuraikan penguat kuasa DBKL
Tangkap layar insiden penjaja tidak berlesen cuba disuraikan penguat kuasa DBKL

Insiden pergelutan antara penjaja tidak berlesen dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelmarin seharusnya tidak berlaku sekiranya pihak berkuasa melaksanakan tugas dengan ihsan.


Menurut Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Arshad Hassni, penjaja menjual belon tersebut meskipun tidak menepati syarat untuk berjaja namun perlukan layanan yang lebih manusiawi dalam tindakan mengusirnya agar tidak dijadikan bahan momokkan konon kerajaan zalim terhadap rakyat biasa.


"Saya menyuarakan rasa kesal terhadap insiden yang berlaku baru-baru ini membabitkan seorang peniaga kecil di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang dilayan dengan cara yang tidak wajar oleh anggota penguat kuasa DBKL.

Arshad Hassni
Arshad Hassni

"Video yang tular itu telah mengundang pelbagai reaksi, dan wajar kita persoalkan pendekatan yang digunakan terhadap rakyat yang sedang mencari rezeki halal.


"Tindakan seperti ini bukan sahaja mencerminkan ketidaksensitifan terhadap nasib peniaga kecil, malah bercanggah dengan semangat Ramadan yang menekankan nilai ihsan, keadilan dan belas kasihan," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Arshad mahu DBKL, khususnya Datuk Bandar Kuala Lumpur menyiasat kejadian berkenaan agar tidak berulang pada masa hadapan.


"Saya menggesa Datuk Bandar dan pihak DBKL untuk menyiasat insiden ini secara telus dan menyeluruh. Jika wujud salah laku, tindakan sewajarnya perlu diambil bagi memastikan kepercayaan rakyat terhadap institusi kekal terpelihara.


"Prinsip keadilan tidak seharusnya bersifat selektif, sama ada rakyat biasa mahupun golongan berpengaruh, undang-undang mesti ditegakkan secara adil dan saksama," katanya lagi.


Semalam DBKL dalam kenyatannya mendakwa berlaku ketegangan dalam operasi mengusir penjaja tidak berlesen di bazar Jalan Tunku Abdul Rahman.


Menurut DBKL, penjaja belon terbabit bertindak agresif ketika diberikan teguran kali ketiga sehingga berlaku sentuhan fizikal apabila dia menolak petugas penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.


Namun pihak DBKL terbuka untuk siasatan berkaitan insiden tersebut dan akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) tindakan penguatkuasaan bagi mengelakkan perkara tidak diingini pada masa hadapan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page