top of page

Inisiatif pemberdayaan komuniti India akan diperhebat - PM



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Persekutuan akan terus memperhebat inisiatif memberdayakan komuniti India di negara ini


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan berkata, usaha itu akan dilaksana khususnya menerusi Unit transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).


Sehubungan itu jelasnya, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sudah diarah menyelaras dan memperbanyak program berkaitan bagi memastikan peruntukan ini mencapai matlamat.


"Saya tegaskan pendirian kerajaan untuk terus memperhebatkan inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini.

"Ini termasuk menerusi peruntukan yang diumum dalam Belanjawan 2025 untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India.


"Saya telah mengarahkan KUSKOP untuk menyelaraskan projek transformasi dan memaksimumkan operasi untuk mencapai matlamat tempahan dana ini.


"Melalui ini, saya berharap semua draf berwawasan meningkatkan masyarakat India di negara ini akan berjalan dengan baik dengan jaminan kerajaan khususnya dengan sokongan pemimpin masyarakat India," katanya.


Beliau sebelumnya menghadiri mesyuarat bersama MITRA dan beberapa ahli Parlimen mewakili masyarakat India berhubung pembangunan masyarakat India di negara ini.

Mesyuarat itu membincangkan pandangan dan idea untuk terus memperkasakan masyarakat India.


Anwar yang juga Menteri Kewangan sementara itu memaklumkan, perkara itu akan diselia oleh Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page