top of page

Inisiatif Kampung Digital: MCMC, kerajaan Melaka jalin kerjasama strategik



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Melaka menerusi perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM).


Menurut kenyataan MCMC, Inisiatif Kampung Digital Melaka itu merupakan langkah strategik bagi memastikan setiap premis di Negeri Melaka dilengkapi dengan alamat digital yang lengkap dan sistematik.


Katanya, perjanjian yang dibuat semalam akan menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi dan infrastruktur digital yang lebih mampan di Negeri Melaka, serta memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.


"Inisiatif Kampung Digital ini adalah yang pertama di Malaysia dengan penggunaan kod QR bertujuan memodenkan sistem alamat rumah di 623 kampung tradisional di Negeri Melaka serta meningkatkan kualiti akses data perkhidmatan rakyat.


"Projek ini telah menerima pengiktirafan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan cap dagangan logo, menjadikannya model kampung digital di seluruh negara," katanya.


Menurut kenyataan itu lagi MCMC akan bekerjasama dalam aspek sokongan teknikal di samping perkongsian maklumat dan data untuk pelaksanaan Sistem Alamat Nasional (NAS).


NAS akan menjadi sistem tunggal yang berautoriti, seragam dan berpusat untuk mengurus lebih daripada 12 juta alamat di seluruh negara melalui kerjasama antara pelbagai pihak.


"Kerjasama antara MCMC dengan Kerajaan Negeri Melaka melalui inisiatif ini adalah amat penting dan diharapkan dapat terus diperkukuh.


"Projek ini bukan sahaja memberi impak positif kepada Negeri Melaka malah dijangka menjadi model kepada negeri-negeri lain di Malaysia dalam membangunkan ekosistem digital yang lebih inklusif dan berdaya saing," katanya lagi.


Dalam majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka semalam, MCMC diwakili Pengerusinya, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato' Azhar bin Arshad


Majlis itu turut disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.


Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam bin Roslan; Pengarah Urusan MCMC, Dato’ Mohd Ali Hanafiah bin Mohd Yunus dan Timbalan Pengarah Urusan MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page