top of page

Inisiatif baharu tingkat pendapatan, daya saing Orang Asli



Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memperkenal program bagi meningkatkan pendapatan dan daya saing masyarakat itu.


Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Program Modenisasi Pertanian Orang Asli tersebut bertujuan mengubah landskap pertanian dan penternakan Orang Asli itu akan menggunakan teknologi moden dijangka memberi manfaat kepada lebih 5,000 penerima dalam tempoh lima tahun.


Sehubungan itu jelasnya kerajaan akan menyediakan pelbagai bentuk bantuan bagi menjayakan usaha itu.


"Antaranya, bantuan kelengkapan pertanian sehingga RM5,000, serta peruntukan RM50,000 bagi pembangunan infrastruktur pertanian seperti sistem pengairan, stor penyimpanan hasil dan rumah hijau di kawasan penempatan Orang Asli.


"Kerajaan juga menyediakan bantuan mekanisasi pertanian sehingga RM15,000 yang merangkumi sokongan untuk jentera kecil dan sistem pengairan automatik, serta bantuan integrasi pertanian sehingga RM10,000 bagi pembangunan sistem pertanian bersepadu


"Selain itu, Bantuan Sara Hidup sebanyak RM170 sebulan akan diberikan kepada lebih 2,000 penerima setiap tahun sehingga tanaman sawit berhasil di bawah Program Tanam Semula Ladang Orang Asli," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada Rabu.


Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri sementara itu yakin menerusi pendekatan strategik dan bersepadu, masyarakat Orang Asli akan terus maju, berdaya saing dan mampu berdikari dalam arus pembangunan negara.


Sehubungan itu JAKOA juga akan melaksanakan Program Pembangunan Usahawan dan Koperasi Orang Asli bagi meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti, dengan menyediakan Geran Bantuan Bimbingan Usahawan untuk membina premis perniagaan termasuk bengkel dengan kadar tidak melebihi RM50,000.


"Pemberian bantuan Peralatan dan Mesin Ringan sehingga RM30,000, bantuan Geran Koperasi sehingga RM300,000 bagi setiap permohonan dan bantuan Program Skim Insentif Sokongan Koperasi (SISKOP) yang tidak melebihi RM25,000.


"Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, kerajaan menyasarkan peningkatan 40 peratus dalam kadar pendapatan isi rumah Orang Asli menjelang 2030, sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan dalam komuniti ini secara berkesan," tambahnya.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page