top of page

'Ini masa untuk kita buktikan KEADILAN mentadbir penuh integriti' - Hairul Amir



KEADILAN tidak melepaskan peluang untuk membuktikan pemimpin parti itu mampu mentadbir negeri dan negara dengan penuh integriti dan cemerlang.


Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri dalam ucapan di Konvensyen KEADILAN Perak di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, hari ini.


Menurutnya, perjuangan parti yang penuh liku dan air mata sewajarnya dikenang dengan rekod pemerintahan yang berwibawa oleh rakyat.


"Hari ini perjuangan telah membawa kita ke Putrajaya di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar. Rakyat menyaksikan kebenaran akhirnya menang


"Namun ini bukanlah pengakhiran kerana kemenangan yang kita galas ini lebih berat dan cabaran yang mendatang lebih besar.


"Inilah masanya untuk kita membuktikan KEADILAN mampu mentadbir dengan integriti yang tinggi," katanya.


Tambah beliau, visi Malaysia Madani bukan sekadar slogan politik tetapi kerangka nilai untuk Malaysia menjadi lebih progresif. Madani itu sendiri, kata Hairul, bermaksud sebuah masyarakat yang menghormati nilai kemanusiaan dan keadilan


Kemampanan, katanya, mesti dinikmati oleh semua rakyat tanpa ada yang tercicir sama ada di desa atau kota.


"Oleh itu, Malaysia Madani hanya berjaya jika kita bergerak seiring memikul amanah ini


"Dalam perjuangan ini musuh cuba pecah belahkan kita. Jadi kita jangan mudah berputus asa.


"Cabaran bukan penyebab kita berhenti tetapi asas untuk kita bergerak lebih kuat," katanya lagi.


Pada ucapan itu juga Hairul mengambil kesempatan merayu kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memberikan lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen untuk dipertandingkan oleh calon KEADILAN dalam pilihanraya akan datang.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page