top of page

Industri kurier negara dijangka berkembang, lebih banyak peluang kerja



Syarikat kurier di negara ini disarankan menyertai program latihan pasport keselamatan kurier, bagi meningkatkan tahap keselamatan pekerja dan kecekapan penghantaran bungkusan.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, selain meningkatkan kecekapan, program itu juga bertujuan memastikan pengendalian bungkusan barang yang selamat dan menyediakan kemahiran diperlukan pekerja industri kurier untuk melaksanakan tugas dengan baik.


"Ini adalah usaha beberapa pihak bagi memberi penekanan kepada syarikat kurier untuk mereka menitikberatkan aspek keselamatan pekerja dan penghantaran bungkusan.


"Ini satu usaha yang cukup kita raikan dan kita sambut dengan baik, kita harap lebih banyak syarikat kurier akan terlibat pada masa akan datang," katanya dipetik selepas melancarkan Hari Kurier Negara 2024 di Cyberjaya pada Sabtu.


Pada majlis itu beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Persatuan Syarikat Penghantaran Express Malaysia (AMEC) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk pelaksanaan program itu.


Terdahulu Fahmi dalam ucapannya berkata industri kurier telah menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 160,000 rakyat Malaysia dan dijangka terus berkembang selaras dengan sasaran kadar pertumbuhan kerajaan sebanyak 30 bungkusan per kapita menjelang 2025 berbanding kadar 26.1 bungkusan per kapita ketika ini.


Sehingga kini jelasnya, terdapat 104 syarikat kurier yang merupakan pemegang lesen pos dan kurier di negara ini, yang menguruskan hampir 97 peratus penghantaran bungkusan kepada pelanggan.


Hari Kurier Negara disambut secara rasmi pada 1 November 2024 bagi mengiktiraf dan menghargai lebih 160,000 pekerja kurier di negara ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page