top of page

Industri halal program utama kerajaan, berkembang secara menyeluruh



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menjadikan industri halal sebagai program dan kempen utama dalam memastikan ia dapat berkembang secara menyeluruh melibatkan pelbagai aspek perdagangan.


Perdana Menteri berkata pengertian halal dalam konteks dunia moden kini tidak hanya bermaksud 'makanan tanpa babi dan alkhohol' sebaliknya berkembang kepadat taraf pensijilan dan teknologi tinggi yang boleh diterima masyarakat antarabangsa.


"...maqasid syariah mesti menyantuni seluruh rakyat, institusi kewangan berjaya dalam beberapa bidang dan kita akui tapi dengan industri halal yang telah melebar kepada suatu yang lebih menyeluruh," katanya dipetik ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di Kuala Lumpur hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya menyatakan penghargaan kepada negara-negara luar yang telah memberikan sokongan kepada industri halal di Malaysia.


"Dalam banyak pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negara asing seperti di Timur Tengah, Asia, China dan Eropah termasuk Jerman dan Rusia tidak ada pengecualian semua negara ini dan pemimpin mereka memberikan perhatian istimewa terhadap halal dan penghargaan kepada peranan kerajaan Malaysia dalam menggalakkan dan mereka menyatakan minat untuk bekerjasama untuk memperkukuhkan dagangan dan perdagangan termauk melibatkan fungsi halal.


"Melalui cara tersebut kita boleh meneroka maksud daripada halal dan kenapa Islam mengiktiraf tentang kepentingan halal sama ada dalam produk makanan atau kosmetik atau apa yang bersangkutan," ujarnya.


Jelas Perdana Menteri, perhatian negara-negara terbabit juga membuka peluang untuk pemain industri di Malaysia untuk memberikan penjelasan mengenai industri halal secara menyeluruh.


"Ini kerana secara tradisional pemahaman tentang halal adalah hanya melibatkan makanan bebas babi apabila kita mengembara pada masa ini kita perlu minta daging halal atau secara tepatnya tiada kandungan babi dan alkhohol," ujarnya.


Anwar berkata halal dalam konteks sekarang seperti dilihat dalam MIHAS, halal dapat difahami tentang penjagaan kesihatan, penggunaan bahan yang canggih untuk mengelakkan produk berbahaya.


"Aspek kesihatan, kebersihan dan keberkesanan serta penggunaan teknologi moden dan halal pada masa ini dianggap mencapai lebih banyak kepuasaan dan produk taraf tinggi... ia boleh lebih berjaya kerana meletakkan syarat pensijilan melangkau daripada apa yang selalu diterima di peringkat antarabangsa.


"Anda semua bukan sahaja dalam industri, tetapi dalam penyelidikan, pentadbiran, perancangan dan pertimbangan strategik kerana telah pergi sejauh ini dan memastikan bahawa halal difahami sekarang lebih daripada sekadar bahan bukan daging babi atau bukan alkohol tetapi cemerlang menjadi sesuatu yang lebih diterima pada zaman ini di mana masyarakat mementingkan produk berkualiti tinggi dari segi kesihatan, dari segi mengelakkan bahan kimia berbahaya dan kebanyakan pensijilan halal ini kini memerlukan syarat ini," ujarnya.


Katanya industri halal turut melibatkan tentang kepentingan semua kaum di negara ini tanpa sebarang diskriminasi.


"Dalam industri halal ia disertai oleh pelbagai masyarakat berbagai agama, Islam, Kristian, Hindu, Buddha, semua menyertainya sebagai rakyat Malaysia yang sejati untuk memastikan kejayaan industri halal," katanya.


Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan Anugerah Khas Kecemerlangan Pembangunan Halal Negara kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam industri halal.


Anugerah itu diterima oleh anak beliau, Tan Sri Kamaluddin Abdullah.


Abdullah dipilih sebagai penerima pertama anugerah itu berikutan MIHAS yang pertama pada 2004 dan penubuhan Halal Development Corporation pada 2006 dalam tempoh beliau sebagai Perdana Menteri.


MIHAS 2024 merupakan anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).


Bertemakan 'Globalising Halal Innovations', pameran selama empat hari itu bermula hari ini dan berakhir pada 20 September.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page