top of page

Imbangkan agenda penting negara seiring laksana reformasi - Rafizi



Kerajaan perlu mengimbangi beberapa perkara penting termasuk menguruskan kos sara hidup, pertumbungan ekonomi dan pembaharuan undang-undang dalam usaha melaksanakan agenda reformasi seperti dijanjikan.


Menteri Ekonomi Rafizi berkata, keutamaan kepada sesuatu agenda dengan reformasi besar sebenarnya telah dimulakan dan kerajaan melakukannya secara harmoni.


"Beberapa reformasi besar sudah dimulakan, tetapi ia mengambil masa. (Sebagai contoh) pemisahan kuasa pendakwaan daripada Jabatan Peguam Negara dimulakan lebih setahun lalu, tetapi ia mengikut garis masa tertentu.


"Sudah tentu, kita perlu melaksanakan apa yang kita fikirkan sebagai cara paling harmoni untuk melaksanakan reformasi sambil berurusan dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam masyarakat," katanya dipetik selepas majlis pelancaran Innovathon Musim Kedua di Putrajaya semalam.


Beliau diminta mengulas laporan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang memberikan gred D iaitu 45.8% kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang dua tahun mentadbir negara.


Rafizi berkata kerajaan tidak boleh memberikan fokus kepada satu segmen semata-mata sebaliknya mempertimbangkan banyak perkara lain.


"Jika kita hanya fokus kepada satu segmen saja, kita mungkin mendapat markah 'A' daripada Bersih tetapi mungkin diberi markah 'F' dalam perkara lain. Oleh itu, fokus kita adalah untuk mengimbangi semuanya


"Saya perasan apabila kita mula melihat hasil awal, pihak berkepentingan seperti pasaran, penganalisis dan orang awam mula memberikan sedikit keyakinan kepada kerajaan.


"Saya rasa proses ini akan berlaku dengan cara sama," katanya.


Dalam pada itu, Rafizi berkata Kabinet mengambil maklum semua pandangan berhubung dasar kerajaan secara positif bagi memastikan langkah reformasi yang dilaksanakan mencapai matlamatnya.


"Saya mengalu-alukan pandangan dan pelbagai pihak berkepentingan mempunyai keutamaan yang berbeza mengenai apa yang mereka harapkan.


"Saya rasa setiap kumpulan berhak memberikan maklum balas mereka dan sebagai anggota Kabinet, saya tidak melihat maklum balas secara negatif," katanya.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page