top of page

Iltizam PADU Dr Joohari demi kesejahteraan pengundi Sg Bakap



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN PRK SG BAKAP: Calon Pakatan Harpan (PH) DUN Sungai Bakap, Cikgu Joohari Ariffin empat hari lalu telah membentangkan manifestonya yang dikira amat menarik yang bertemakan PADU sebagai azam beliau jika terpilih sebagai ADUN kawasan itu pada 6 Julai nanti.


Manifesto atau iltizamnya tersebut bertema PADU yang bermaksud – P untuk Prasarana dan Progresif, A adalah Akhlak, Akademik dan Anak muda, D merujuk kepada Damai serta terakhir, U bermaksud Untuk semua.


Bagi maksud Prasarana dan Progresif, Cikgu Joohari berazam mahu menyediakan kemudahan awam yang memenuhi keperluan penduduk setempat, termasuk memastikannya dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan mereka.


Ia termasuk projek infrastruktur air dan lalu lintas membabitkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Kerian, Projek Air Perak-Pulau Pinang serta pembinaan sambungan jalan di Bandar Tasek Mutiara.


Selain itu, beliau akan berusaha menaik taraf fasiliti wad bersalin dan rawatan pakar geriatrik di Hospital Sungai Bakap untuk ibu mengandung dan warga emas serta menjadikan Sungai Bakap pusat pengeluaran produk mikro halal.


Cikgu Joohari juga berazam meningkatkan penyertaan usahawan wanita dalam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).


Juga mengembangkan program Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM), Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta ilmu kecerdasan buatan (AI) menerusi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Digital Penang ke Sungai Bakap.


Merancakkan program jati diri


Selain itu Cikgu Joohari ingin merancakkan program jati diri dalam meningkatkan semula 'self-esteem' remaja dengan mewujudkan kaunter tetap mencari kerja, iaitu Pusat Kekal MyFutureJob, selain menambah dan menaiktaraf fasiliti sukan rakyat.


Iltizam lainnya untuk mengembalikan minat belajar dalam kalangan pelajar dengan mewujudkan Pusat Tuisyen Rakyat (PTR) yang akan mendapat bantuan tutor dari universiti tempatan.


Bagi matlamat Damai dan Dedikasi, beliau mahu mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan pelbagai kaum dengan pengukuhan institusi keluarga menerusi program inklusif dengan menoktahkan kemiskinan tegar menerusi bantuan kerajaan yang efisien.


Tekadnya juga mahu mewujudkan Taska Perpaduan dan Tadika Islam (TADIS) bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga.


Selain itu, tidak dilupakannya ialah membantu dalam menyelesaikan permasalahan lama memperolehi kewarganegaraan bagi warga emas dan kanak-kanak tempatan yang berkelayakan, mengimarahkan masjid dan surau serta pemuliharaan rumah ibadat bukan Islam melalui kerajaan negeri dan Persekutuan.


Perhatian yang adil


Di bawah matlamat Untuk Semua, Cikgu Joohari mahu memberikan perhatian yang adil kepada seluruh masyarakat dengan fokus kepada keupayaan daya saing belia, anak muda, wanita, pengembangan pendidikan kanak-kanak serta warga emas tanpa mengira fahaman politik, budaya dan agama.


Cikgu Joohari turut mahu memastikan pengundi Sungai Bakap dilayan secara adil sebagai tambahan kepada 'U' yang merujuk 'Untuk Semua' dalam manifesto PADU yang akan menjadi pegangan perjuangannya jika terpilih sebagai wakil rakyat nanti.


_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page