top of page

Iklan bersifat lucah segera diturunkan di media sosial



Oleh: Akmal Manaf


Pemantauan proaktif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta kerjasama dengan penyedia perkhidmatan terus dipertingkatkan bagi memastikan iklan bahan lucah di media sosial dapat dikenal pasti, disekat sekali gus diturunkan dalam kadar segera.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya bersama SKMM komited untuk memastikan keselamatan dan etika penggunaan media dalam talian tidak melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588 dan undang-undang lain yang berkaitan.


''Dari 2022 sehingga 15 Februari tahun ini, sebanyak 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan pemohonan yang dibuat oleh pihak SKMM berdasarkan Akta 588.


''Manakala sebanyak 3,670 laman sesawang telah dikenakan tindakan sekatan bagi tempoh sama,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) berkaitan polisi dan langkah kementerian menangani iklan bahan lucah di media sosial, tabloid dan media massa dalam talian.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page