top of page

Ikhlaskah Bersatu-PN sokong Najib?



Oleh: Akmal Manaf


Tindakan segelintir pemimpin pembangkang Perikatan Nasional (PN) menyatakan solidariti terhadap kes Datuk Seri Najib Razak, menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat.


Terutamanya berkeaan sikap pemimpin dan ahli Bersatu yang sebelum ini memusuhi Najib kerana perseteruan politik dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada 2016 lalu.


Sehubungan itu Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse mempersoalkan keikhlasan penyokong Bersatu dalam isu solidariti ke atas Najib.


"Saya nak tanya kawan-kawan politik saya di PN khususnya Bersatu. Dulu Bersatu ditubuhkan kerana masa itu Tan Sri Muhyiddin Yassin menentang Datuk Seri Najib dalam kes 1MDB.


"Masa itu protes. Nama-nama (perkataan) buruk keluar.. kata Najib tak betul. Sanggup demi Malaysia, letak jawatan dan tubuh parti baru.


"Tapi hari ini mereka juga orang yang sama berkumpul dan mendesak kerajaan memberi keadilan kepada Datuk Seri Najib," katanya dalam satu siaran video.


Semalam, Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu menempelak sikap Pas bersolidariti ke atas Najib dan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Pas menggunakan isu jenayah Najib dan 1MDB dalam pilihanraya lalu untuk mendapatkan kemenangan.


Kata Mohamad, Pas menunggang isu Najib sebagaimana dahulu mengkafirkan UMNO, kemudian berkerjasama pada 2018. Isu Najib, kata beliau, digunakan apabila parti boleh mendapat keuntungan dan Najib akan dibuang sebaik sahaja tujuan mereka telah dicapai.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page