Ihya Ramadan bersama PM di jabatan kerajaan, perkukuh kerjasama dengan negeri
- Suara Keadilan
- Mar 1
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sepanjang bulan Ramadan ini akan menganjurkan program Ihya Ramadan bersama kakitangan awam.
Hal itu dinyatakan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Menurut Tunku Nasrul, program tersebut lebih bermakna apabila PM sendiri akan memberi tazkirah.
"PM akan melaksanakan program ihya Ramadan di kementerian yang mana program ini bertujuan menjadikan Ramadan sebagai madrasah rohani bukan sahaja dari aspek ibadah tetapi juga pembentukan nilai dan akhlak dalam pentadbiran negara
"Sepanjang bulan Ramadan PM akan mengunjungi pelbagai kementerian utuk menyantuni penjawat awam diikuti dengan sesi tazkirah ringkas yang akan disampaikan oleh beliau serta penceramah jemputan.
"Melalui program itu, nilai nilai seperti kejujuran, disiplin dan tanggungjawab dapat diperkukuh dalam kalangan penjawat awam selain selaras dengan teras dalam gagaan Madani," katanya.
Selain itu, menurut Tunku Nasrul, PM juga akan melawat ke beberapa negeri untuk memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri selain bertemu masyarakat setempat dalam Majlis Berbuka Puasa Madani.
"Butiran lanjut mengenai tarikh dan lokasi majlis akan diumumkan dalam masa terdekat menerusi saluran rasmi kerajaan. Pejabat PM menggalakkan semua rakyat untuk mengambil bahagian dalam majlis ini sebagai tanda perpaduan," katanya lagi.
Tambah Tunku Nasrul, Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri itu akan diadakan setiap hari bagi menyatakan fakta yang tepat dan sahih secara terus dari pejabat PM berkenaan sama ada isu semasa, dasar penting atau perkembangan terkini yang perlu diketahui rakyat.
Comments