top of page

Ihsan Madani: segera lapor jika masih belum terima bantuan banjir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 26
  • 1 min read


Jabatan Perdana Menteri menggesa mana-mana mangsa banjir yang belum menerima sumbangan Ihsan Madani segera membuat laporan kepada pihak berkaitan agar perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau telah menerima arahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semakan dilakukan bagi memastikan tiada mangsa banjir tercicir dari menerima bantuan tersebut.


"PM (Perdana Menteri) sendiri mahukan bantuan ini terus sampai kepada mangsa dengan segera sebab itu bila ada laporan, perlu diambil terus tindakan.


"Semalam saya terima arahan supaya dapat semak hingga ke akar umbi agar jangan lagi kita dengar ada yang tak dapat bantuan kerana apabila mereka daftar saja dengan pusat pemindahan sementara (PPS), sewajarnya dari segi prosedur operasi standard (SOP) tu layak dapat bantuan," katanya dipetik.


Terdahulu beliau hadir dalam majlis sumbangan Skuad Ihsan MADANI Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pakaian seragam sekolah kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior, di Tanah Merah.


Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli itu, seramai 200 murid sekolah terbabit menerima bantuan seragam sekolah yang diagihkan dalam bentuk baucer.


Shamsul sementara itu menjelaskan, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) semua mangsa banjir layak menerima bantuan selepas mereka mendaftar dengan pusat pemindahan sementara (PPS).


Setakat ini jelasnya, tiada isu mengenai mangsa tidak menerima bantuan kerana pasukan yang diarahkan sudah melaksanakan tugasnya.


"Bagaimanapun, jika ada yang belum terima boleh buat aduan kerana kita mengambil serius perkara ini dan akan membuat semakan," tambahnya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page