top of page

Identiti kebangsaan di papan tanda: DBKL bertindak bukan kerana Tun M



Indentiti kebangsaan pada papan tanda perniagaan di Kuala Lumpur sentiasa di dalam pemantauan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Menurut Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai Chen Heng, tindakan DBKL menurunkan papan tanda yang tidak memenuhi syarat identiti atau bahasa kebangsaan baru baru ini dibuat bukan sebagaimana pendapat warganet akibat ditegur oleh penasihat Perikatan Nasional, Tun Mahathir Mohamad.


Katanya, tindakan penguatkuasaan berkenaan semenangnya dirancang secara berkala bagi memastikan identiti kebangsaan terpelihara di papan tanda perniagaan.


"Mengenai tindakan penguatkuasaan oleh DBKL baru-baru ini di beberapa kawasan tumpuan perniagaan termasuk Jalan Silang, dan persoalan yang timbul mengenai kaitannya dengan komentar oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir melalui platform media sosial, saya ingin membuat penyataan bahawa semua tindakan penguatkuasaan dilakukan dengan ketat mengikut perancangan dan prosedur yang telah ditetapkan, dan tidak akan dilakukan secara terburu-buru berdasarkan komentar ekstrem atau tekanan dari luar," katanya dalam kenyataan.


Menurut Andre Lai, penguatkuasaan besar-besaran yang dilancarkan pada 21 November lalu di hampir kesemua parlimen dalam Kuala Lumpur adalah bertujuan untuk memberi peringatan, kecuali di kawasan tegar dengan kewujudan warga asing yang ramai di Jalan Silang di mana penguatkuasaan dilaksanakan.


Andre Lai Chen Heng

Bagaimanapun, kata beliau, wujud salah tanggapan bahawa operasi disasarkan hanya kepada perniagaan Cina.


"Saya sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur memahami tugasan DBKL. Tugas penguatkuasaan DBKL selalu berpusat pada pemeliharaan perancangan dan pengurusan bandar, di mana setiap tindakan memerlukan penyiasatan, perancangan, dan pengaturan yang terperinci, dan tidak mungkin dilaksanakan (perancangannya) dalam beberapa hari sahaja.


"Ia memerlukan perancangan yang panjang kerana ia melibatkan agensi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, serta Jabatan-jabatan dalaman DBKL," ujarnya.


Tegas Andre Lai lagi, Kuala Lumpur adalah kota yang kaya dengan kepelbagaian budaya, di mana semua etnik hidup bersama dan berkembang maju bersama.


Tindakan mana-mana pihak yang menggunakan isu bahasa atau budaya untuk mendapatkan keuntungan politik, katanya, adalah sangat tidak bertanggungjawab.


Tindakan penguatkuasaan kali ini melibatkan papan tanda dalam pelbagai bahasa termasuk Cina, Arab, Korea, dan Bangladesh. Tujuan utama tindakan tersebut adalah untuk meningkatkan imej Kuala Lumpur sebagai kota antarabangsa, bukan mensasarkan bahasa atau etnik tertentu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page