top of page

Ibu bapa, guru kerjasama pastikan intervensi kurikulum berjaya



Oleh: Azuan Ab Rahman


Laporan terkini berkaitan kemajuan intervensi kurikulum sekolah akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.


Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) melalui satu kenyataan sebagai merujuk kegusaran masyarakat mengenai isu kurikulum berat yang mengundang pelbagai reaksi.


"KPM prihatin terhadap kegusaran masyarakat mengenai isu yang dilaporkan di laman media sosial.

"Pada bulan Mac lalu, KPM telah mengumumkan inisiatif intervensi kurikulum yang merupakan salah satu daripada hala tuju Reformasi Pendidikan yang sedang berjalan.

"Ia bertujuan menambah baik sedia ada bagi memastikannya relevan dengan keperluan murid," kata kementerian itu .


Kenyataan itu berkata, empat inisiatif intervensi kurikulum yang sedang dilaksanakan antaranya Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 yang melibatkan pengemaskinian dan penyusunan semula kandungan mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahap I sedia ada.


Ia turut melibatkan pengesanan awal literasi dan numerasi bertujuan untuk mengenal pasti murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta memerlukan intervensi awal bersesuaian dengan kebolehan, keupayaan dan gaya pembelajaran mereka.


Selain itu inisiatif berkenaan juga membabitkan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang mesra ibu bapa bertujuan untuk memudahkan laporan tahap penguasaan murid.

"Pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik bagi semua mata pelajaran juga ditukar dalam bentuk peratus dan gred dan boleh diakses secara dalam talian.


"Keempat adalah Penataran Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 disebarluaskan kepada semua guru mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekolah rendah menerusi penganjuran webinar," katanya.


Justeru KPM meminta guru, ibu bapa dan masyarakat memahami dan memberi kerjasama yang diperlukan bagi memastikan intervensi dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page