top of page

Ibu anak empat terharu, KDN selesai isu sijil kelahiran, kewarganegaraan



Seorang ibu anak empat menarik nafas lega apabila masalah anak-anaknya tiada dokumen kelahiran sejak sekian lama selesai apabila berjaya memperoleh dokumen tersebut semalam.

Lebih menggembirakan apabila Hasmida Hamid, 33 menerima sendiri sijil kelahiran termasuk MyKid anak-anaknya daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Hospital Kajang, Selangor.


"Seusai sahaja mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri petang tadi, saya berkesempatan ke Hospital Kajang untuk bertemu dengan Puan Hasmida Hamid bagi menyerahkan sijil keputusan kewarganegaraan kepada empat orang anaknya.


"Kisah ini bermula apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor menerima maklumat mengenai empat orang kanak-kanak yang tiada dokumen pengenalan diri, yang diketengahkan melalui video TikTok oleh AbbeHae pada 18 Oktober lalu," kata Saifuddin dalam hantaran di Facebook.


Beliau berkata kanak-kanak tersebut yang merupakan anak hasil perkahwinan kedua Hasmida di Thailand, tidak memiliki sijil kelahiran kerana perkahwinan tersebut tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia.


"JPN Selangor telah bertindak proaktif dengan menghubungi dan bertemu Hasmida pada 21 Oktober lalu untuk membantu mendaftarkan kelahiran anak-anak beliau.


"Hasil semakan dokumen dan keterangan Hasmida, Sijil Kelahiran (Daftar Lewat Kelahiran) berstatus warganegara berjaya dikeluarkan.


"Melalui khidmat Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar), JPN sentiasa cakna terhadap pendaftaran dokumen pengenalan diri bagi memastikan tiada keciciran dokumen, khususnya bagi mereka yang layak," ujarnya.


Saifuddin berkata Kementerian Dalam Negeri turut komited dalam menyelesaikan isu kewarganegaraan, yang merupakan satu anugerah besar bagi rakyat Malaysia, selaras dengan nilai-nilai ihsan dalam gagasan Malaysia Madani.


Beliau menyeru masyarakat agar tidak melambat-lambatkan pendaftaran kelahiran mengikut waktu yang ditetapkan.


"Kita ambil episod ini sebagai pengajaran. Ada tempoh 60 hari untuk mendaftar dan dalam tempoh itu kalau masih tidak dipenuhi maka permohonan akan masuk dalam kategori pendaftaran lewat," katanya.


Kisah Hasmida bersama anak-anaknya, Nur Damia Balqis Abd Rahman 6; Muhammad Rayyan Mikail, 5; Muhammad Ridhwan Haikal ,3, dan Muhammad Alief 1, sebelum ini tular apabila video kesempitan hidup keluarga itu serta empat anaknya yang tidak mempunyai pengenalan diri sejak dilahirkan dimuat naik seorang pempengaruh.


"Saya dan bekas suami memang rakyat Malaysia, namun sukar menyelesaikan pendaftaran kelahiran anak-anak akibat masalah rumah tangga serta kekangan kewangan.


"Saya sangat bimbang kerana anak-anak semakin membesar, susah hendak ke sekolah. Hari ini penat lelah saya terbayar, saya bersyukur akhirnya mereka dapat sijil kelahiran yang dinanti-nantikan dimana dokumen ini ibarat nyawa anak-anak saya," katanya dipetik dari Buletin TV3 di pekarangan wad kanak-kanak di sini.


Anak bongsu Hasmida kini sedang dirawat di Hospital Kajang akibat jangkitan kuman serius sejak 14 Oktober lalu.


"Saya berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri yang diterajui Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana berusaha kuat meluluskan permohonan kewarganegaraan ini mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," ujarnya.

0 comments

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page