top of page

Hukum mati banteras rasuah: Rumus hukum berdasarkan nilai agama, budaya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 hours ago
  • 1 min read


Cadangan seorang ADUN Sabah agar Malaysia meniru negara China melaksanakan hukuman mati kepada penerima rasuah mendapat pelbagai teguran.


Selain bekas Menteri Undang Undang, Zaid Ibrahim yang berseloroh 80 peratus daripada Ahli Parlimen dan ADUN akan dihukum mati dan bangunan perundangan akan kosong, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN, Sarawak, Roland Engan juga beranggapan hukuman mati hanya berasaskan ketakutan untuk memerangi rasuah.


Sedangkan, katanya, teori itu mungkin berjaya di China tetapi mungkin tidak begitu berjaya di Malaysia kerana negara ini juga telah mengamalkan hukuman mati terhadap pengedar dadah.


"Apa yang patut diselidiki dengan mendalam ialah punca rasuah itu sendiri. Biar "akar" rasuah itu dikenalpasti dengan jelas agar "ubat" yang sesuai digunakan untuk mengubatinya adalah tepat.


"Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama. Warisan kepelbagaian kaum, agama, budaya dan nilai turun-temurun yang teruji melangkaui zaman masih tersemat indah dan sebati dengan kekuatan kaum, agama dan budaya ini.


"Semuanya warisan ini mesti disatukan sebagai "ubat mujarab" menangani "akar rasuah", yang saya dapati di kalangan masyarakat Malaysia iaitu ketaksuban pada "love of money, position and power"," katanya dalam satu kenyataan.


Roland berpendapat dengan kebebasan beragama, berpersatuan dan hak mendapat pendidikan, maka suatu ramuan formula terbaik boleh diperolehi daripada gabungan warisan pelbagai kaum, agama dan budaya rakyat.


"Gabungan warisan ini mampu mewujudkan prinsip, nilai dan budaya mulia masyarakat majmuk Malaysia yang mesti diamalkan sebagai prinsip, nilai dan budaya masyarakat seperti dirumuskan sebagai Malaysia MADANI untuk membanteras rasuah secara tuntas.


"Kepelbagaian kaum, agama dan budaya ini ialah kekuatan Malaysia. Maka ia juga diyakini akan berjaya mewujudkan ramuan formula terbaik membanteras rasuah," katanya lagi.


Tegas Roland, Kerajaan Perpaduan boleh merumuskan formula itu dengan menghayati dan membudayakan Malaysia MADANI.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page