top of page

Hujan berterusan hingga 16 Disember, Pahang, Johor dijangka banjir



Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 16 Disember 2024.


Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur dan utara Semenanjung serta Sabah dalam tempoh berkenaan, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).


"Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan," kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk dan waspada) yang melibatkan timur dan utara Semenanjung berkuat kuasa sehingga 11 Disember ini.


"Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 12 Disember ini," ujarnya.


MetMalaysia memberikan amaran hujan berterusan kategori buruk dijangka berlaku hingga 11 Disember ini melibatkan Terengganu iaitu di daerah Dungun dan Kemaman dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).


Amaran waspada hujan berterusan pula dikeluarkan kepada Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling; Perak (Hulu Perak), Kelantan dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) dan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).


Pusat Kawalan dan Amaran Banjir Negara turut memberikan amaran awal banjir di Johor melibatkan Segamat, Kota Tinggi dan Mersing dari Isnin hingga Rabu ini.


Amaran yang sama juga dikeluarkan bagi Pahang melibatkan Lipis, Rabu, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera


Laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara pada pukul 4 petang menyebut jumlah mangsa banjir di empat negeri menurun kepada 264 mangsa melibatkan 80 keluarga yang ditempatkan di 9 pusat pemindahan sementara.


Perak mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 112 mangsa diikuti Johor (33), Kelantan (33) dan Melaka (11).


Seramai 10 orang dilaporkan meninggal dunia akibat bencana itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page