top of page

'Hujah pembangkang ringgit kukuh sebab ekonomi dunia melemah karut'



Oleh: Abdullah Zaid


Hujah pemimpin dan laskar siber Perikatan Nasional (PN) kononnya nilai mata wang ringgit mengukuh pada waktu ini kerana ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China melemah amat dangkal.


Ketua Cabang KEADILAN Tumpat, Zamakh Sari Ibrahim berkata, alasan pembangkang itu mengarut memandangkan prestasi ringgit juga mencatatkan pengukuhan berbanding negara-negara lain termasuk, Singapura, Indonesia, Australia, New Zealand dan Thailand.


"Kenaikan ringgit ini membuktikan bahawa ekonomi kita berada pada landasan yang betul untuk terus berkembang.

Zamakh Sari Ibrahim

"Ini dilihat berkait soal keyakinan pelabur asing kepada Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka, nilai eksport yang bertambah dan kecairan dalam negara yang semakin meningkat," katanya ketika dihubungi.


Untuk rekod, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, prestasi ringgit dijangka akan memuncak sehingga RM3.90 berbanding satu dolar Amerika Syarikat menjelang akhir tahun ini berbanding RM4.19 pada ketika ini.


Katanya, prospek ekonomi Malaysia yang positif melalui pembaharuan struktur kerajaan termasuk reformasi dasar ekonomi dilihat antara faktor penyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.


Mengulas lanjut, Zamakh menyeru agar pembangkang lebih berperanan untuk menjadi semak dan imbang kepada kerajaan dengan mengemukakan idea yang baik, bukannya kritikan karut marut.


Jelasnya, strategi pembangkang ketika ini membuat onar dengan persepsi negatif terhadap kerajaan dalam isu-isu 3R (Agama, Bangsa, Raja-raja) jelas membuktikan blok pembangkang itu kekeringan idea.


"Pembangkang sebenarnya ketandusan idea atas kejayaan kita ini, seringkali mereka melontarkan tuduhan untuk memberi persepsi negatif kepada usaha kerajaan memulihkan ekonomi dengan membuat tuduhan semborono tanpa ada alasan yang kukuh dan membina.


"Sepatutnya mereka menjadi semak dan imbang kepada kerajaan serta mengemukakan idea yang mampu membina semula ekonomi dengan lebih baik," ujarnya lagi.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page