top of page

Hubungan Malaysia-China diperkukuh: Tarif AS, AI, teknologi jadi tumpuan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read

Delegasi Malaysia-China mengadakan perbincangan serius meliputi segala sektor. Foto PMO
Delegasi Malaysia-China mengadakan perbincangan serius meliputi segala sektor. Foto PMO

Hubungan diplomatik Malaysia - China terus diperkukuhkan dengan lawatan Presiden China Xi Jinping di Malaysia.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelbagai perkara diperbincangkan dalam pertemuan dengan delegasi China di Putrajaya semalam.


"Saya dan Presiden Xi mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala yang berlangsung selama lebih sejam bagi membicarakan pelbagai perkara penting yang menyentuh kepentingan bersama.


"Saya mengalu-alukan kunjungan Presiden Xi, seorang sahabat sejati dan pemimpin yang saya hormati kerana kepemimpinannya yang menerajui kemajuan ekonomi dan memperjuangkan prinsip kemakmuran bersama serta nilai ketamadunan sejagat.


"Alhamdulillah, hubungan Malaysia-China terus kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, perdagangan, pelaburan dan teknologi baharu seperti AI, dan kedua-dua negara komited untuk memperluas kerjasama ini demi manfaat bersama," katanya dalam muat naik di Facebook.


Isu tarif dikenakan Amerika Syarikat (AS) turut dibincangkan, sementelah China terpukul hebat dengan tarif lebih 120% dikenakan AS. Manakala Malaysia dikenakan tarif sederhana 24% dan diberi penangguhan selama 90 hari.


"Menyentuh soal tarif AS, saya mengulangi pendirian dan kesepakatan Malaysia bersama negara anggota ASEAN untuk meneruskan rundingan dan semangat kesepaduan bagi mencari jalan penyelesaian yang mampan," kata Anwar.


"Selain itu, perbincangan kami turut menyentuh usaha meneroka ruang untuk melonjakkan pelaburan dan perdagangan Malaysia-China serta memperkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk ekonomi digital, agrikomoditi, semikonduktor, automotif, pengangkutan, perubatan, nadir bumi dan sebagainya," kata beliau lagi.


Selepas perbincangan itu delegasi Malaysia dan China menandatangai 31 memorandum persefahaman melibatkan teknologi digital, kecerdasan buatan, sehinggalah mengenai dasar hubungan dua hala, kebudayaan, pertukaran berita dan pelbagai lagi yang melambangkan keakraban hubungan Malaysia-China.


Terdahulu, delegasi China yang tiba di Kompleks Seri Perdana disambut dengan penuh mesra dan hormat, diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh para pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta pelajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2) yang turut menyampaikan ucapan ‘Selamat Datang ke Malaysia’ dalam bahasa Mandarin mencerminkan semangat persahabatan dan saling menghormati antara rakyat kedua-dua negara.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page