top of page

Hubungan Malaysia-Brunei bergerak ke lembaran baharu - Anwar



Hubungan dua hala Malaysia-Brunei akan bergerak ke lembaran baharu susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui Sultan Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan.


Menurut Anwar, lebih banyak peluang dan ruang akan dimanfaatkan kedua dua negara termasuk bersama jiran terdekat Brunei, iaitu Sabah dan Sarawak.


"Natijahnya, hubungan Malaysia-Brunei akan dapat dirasai menerusi keakraban yang lebih harmoni membabitkan pelbagai kerjasama pelbagai pihak sama ada di peringkat persekutuan, juga kerajaan negeri Sabah dan Sarawak amnya demi kepentingan bersama-sama.


"Moga usaha dirancang ini mampu membuahkan hasil demi kemajuan bersama-sama," katanya dalam catatan di Facebook usai mengadakan sidang media pada hari terakhir lawatan kerja ke Brunei semalam.


Majlis santapan dua pemimpin utama negara bersama para menteri di Istana Sultan Brunei

Sebelum itu, Anwar dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan pertemuan empat mata membincang hubungan akrab kedua dua negara.


Kemudian mereka menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala demi kemajuan bersama pada akhir Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 (ALC-25) Malaysia-Brunei.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page