top of page

'Hubungan GPS - PH Sarawak utuh, MP Julai jangan sibuk' - KEADILAN Sarawak



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen Julau dinasihati untuk tidak masuk campur berkaitan hubungan Pakatan Harapan (PH) Sarawak dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Ketua Penerangan Pimpinan KEADILAN Sarawak (MPN) Tay Wei Wei @ Naga Libau (gambar) berkata, lebih baik bekas Ahli Parlimen KEADILAN itu menfokus memperbaiki prestasi partinya yang hanya menang satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu.


"Kenyataan Datuk Larry Sng berkata lebih baik PH Sarawak menyertai GPS (amat tidak wajar). Dalam hal ini, KEADILAN Sarawak berpendapat lebih baik Larry Sng fokus kepada parti beliau sendiri, Parti Bangsa Malaysia yang hanya menang 1 kerusi parlimen.


"Beliau tidak perlu sibuk dengan urusan PH Sarawak, terutama KEADILAN Sarawak. Sebab beliau bukan lagi Pengerusi MPN KEADILAN Sarawak.


"KEADILAN Sarawak bukan parti yang menyokong "politik katak". Tidak perlu membuat publisiti murahan dengan cuba melaga-lagakan GPS dengan PH Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Tay Wei Wei berpendapat kenyataan Premier Sarawak, Datuk Seri Abang Johari berhubung kerjasama GPS dan PH hanya berlaku di peringkat Persekutuan dan di peringkat negeri 'tidak wujud' sebagai tidak tepat.


"Adalah kurang tepat apabila dikatakan PH Sarawak, iaitu DAP dan KEADILAN Sarawak tidak wujud, kerana PH Sarawak ada wakil rakyat di Parlimen dan di DUN Sarawak.


"Sejarah juga pernah membuktikan PH Sarawak pernah memenangi banyak kerusi Parlimen dan DUN.


"KEADILAN Sarawak sentiasa berhati-hati untuk menjaga hubungan baik antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, namun itu tidak bermaksud kita sanggup menerima ejekan atau penghinaan dari parti lain terhadap ‘parti Perdana Menteri’," ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page