top of page

Hubungan akrab Anwar - Srettha cipta kemakmuran baharu rakyat dua negara



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Menyusuri dairi tugasan Perdana Menteri (PMX) minggu lalu pasti kita dapat menyaksikan betapa gigihnya beliau bekerja demi memakmurkan Malaysia Madani.


Setiap langkah beliau adalah untuk memberi manafaat kepada rakyat negara ini.


Terbaru, Datuk Seri Anwar Ibrahim memanfaatkan hubungan akrab dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin untuk menyegerakan projek pembinaan jambatan kedua Rantau Panjang - Golok.


Selain itu, kata sepakat juga diambil oleh PMX dan PM Srettha untuk menambah baik jambatan sedia ada yang telah dibina lebih 50 tahun lalu.


Pembinaan jambatan tersebut pastinya dapat merancakkan lagi sosio-ekonomi rakyat dua negara, khasnya komuniti setempat.


Hakikat yang tidak boleh dinafikan bahawa nikmat yang melimpah ruah sudah pasti turut diterima oleh negeri Kelantan khasnya serta penduduk Selatan Thailand amnya.


Mengimbas lawatan PMX pada 3 Ogos lalu, beliau telah mengadakan lawatan kerja ke kawasan sempadan Malaysia - Thailand bersama Perdana Menteri Srettha Thavisin.


Mereka bertemu dalam program lawatan bersama ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Sungai Golok, Rantau Panjang.

Noraini Nordin

Dalam perbincangan dengan Srettha, kedua-dua pemimpin berbicara panjang berkaitan beberapa isu tertangguh melibatkan Malaysia dan Thailand.


Antara kesepakatan dicapai kemudiannya adalah menyegerakan projek pembinaan jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok serta menambah baik jambatan sedia ada yang telah dibina lebih 50 tahun lalu.


Pembinaan jambatan kedua itu bukan sahaja penting untuk memudahkan lagi pergerakan rakyat tetapi juga untuk pertumbuhan ekonomi setempat.


Jambatan kedua pemangkin ekonomi


Dengan adanya jambatan kedua itu, kawasan sekitarnya sudah pasti akan turut membangun melalui pelbagai kegiatan ekonomi berasaskan bahan mentah tempatan.


Dalam catatan di Facebooknya, Anwar berkata, pembinaan jambatan itu bakal merancakkan kesalinghubungan kedua-dua buah negara serta memangkin pembangunan ekonomi di utara Kelantan dan Selatan Thailand, juga mencipta limpahan kemakmuran buat rakyat di kedua-dua kawasan.


"Saya dan Srettha turut mencapai kesepakatan untuk melaksanakan projek memperdalamkan muara Sungai Golok bagi mengatasi isu limpahan air sungai yang menjadi antara punca banjir di Kelantan dan Narathiwat.


"Persefahaman ini menggambarkan komitmen jelas Kerajaan Malaysia dan Thailand untuk memastikan pertumbuhan ekonomi di sempadan kedua-dua negara berjalan pantas, sekali gus memberi laluan kepada usaha perdamaian di Selatan Thailand dan pembangunan di utara Semenanjung," tegasnya.


PMX tidak pilih bulu


Pada waktu sama lawatan yang turut disertai Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud itu, Anwar tidak lupa mengajak pentadbiran Kelantan untuk mengambil peluang daripada projek yang diwujudkan dengan membina lebih banyak ruang-ruang perniagaan baharu yang selesa di kawasan sempadan Rantau Panjang.


Di sebalik Kelantan ditadbir oleh Pas, PMX nampaknya tidak memilih bulu atau menganak-tirikan mana-mana rakyat dalam agenda pembangunan negara ini.


Yang nyata, Anwar membuktikan beliau adalah Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia.

_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page