top of page

Hormati Perlembagaan, ambil tindakan tegas pihak mainkan isu 3R



Oleh: Abdullah Zaid


Semua pihak perlu diingatkan tidak menjadikan kebebasan bersuara sebagai alasan untuk menyebarkan kebencian atau melakukan hasutan yang memecahbelahkan masyarakat.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin berkata, kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dalam ceramah di Nenggiri baru-baru ini disifatkan sebagai hasutan kerana mempertikaikan kebijaksanaan institusi Raja-Raja Melayu dalam mentadbir negara yang boleh menghilangkan keyakinan rakyat.


"Institusi ini merupakan lambang perpaduan yang memainkan peranan penting untuk menjamin kestabilan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.


"Sebagai rakyat yang menghormati Perlembagaan negara, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan dan menjunjung tinggi institusi diraja sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan.


Malah, menurut Azman sebagai rakyat Malaysia, Rukun Negara jelas meletakkan kesetiaan kepada raja dan negara sebagai prinsip kedua yang perlu dihayati oleh setiap warganegara.


Oleh itu, beliau yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri menggesa mana-mana individu yang menyentuh isu 3R (Raja, Agama, Kaum) dikenakan tindakan tegas kerana dibimbangi boleh menggugat keharmonian dan kesepaduan masyarakat.


"Perbuatan yang mencabar kedudukan Raja-Raja Melayu, menyentuh sensitiviti agama, atau membangkitkan isu-isu perkauman adalah sangat serius kerana boleh menjejaskan kestabilan negara.


"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menolak amalan politik yang memecahbelahkan masyarakat melalui hasutan-hasutan berniat jahat.


"Marilah kita berganding bahu mempertahankan keamanan yang telah kita kecapi selama ini," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page