top of page

Hormat titah Agong, jangan demonstrasi, pohon pengampunan cara betul - Amidi



Titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim semalam bahawa mana mana individu yang dipenjarakan boleh memohon pengampunan kepada Lembaga Pengampunan seharusnya menjadi pertimbangan utama pihak pihak yang ingin meneruskan himpunan solidariti ke atas bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak pada 6 Januari ini.


Bagi Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama (JPPA) KEADILAN, Amidi Abdul Manan, pembangkang PN wajar menghormati kuasa pengampunan banduan yang diputuskan oleh pemerintah semasa.


Katanya, apabila Agong telah menitahkan untuk diberi peluang kepada pihak tahanan untuk memohon kepada Lembaga Pengampunan maka hal itulah yang mesti dilakukan pada waktu ini - termasuk ke atas Najib - bukannya berhimpun mempersoalkan titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.


"Kenyataan tersebut jelas menyatakan tatacara pengampunan terhadap seorang pesalah atau banduan dan ditegaskan kuasa dan keistimewaan YDPA berkaitan pengampunan.


"Daripada kenyataan tersebut jelas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersedia menerima permohonan pengampunan daripada mana mana banduan dibawa ke Lembaga Pengampunan.


"Pihak Istana Negara menjelaskan bahawa segala permohonan hendaklah mengikut saluran yang betul.


"Seluruh rakyat Malaysia percaya pihak Agong akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keadilan bagi memelihara keyakinan rakyat serta rasa hormat negara luar kepada Kesultanan Melayu di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu, Amidi berkata, amat tidak wajar apabila terdapat pihak yang menyatakan telah berlaku penganiayaan terhadap Najib oleh kerajaan dalam isu memberi pengampunan ke atas bekas PM itu.


Dengan titah terbaharu, katanya, pihak PN yang mahu meneruskan himpunan pula telah menempah masalah kerana mempersoalkan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam hal pengampunan seseorang banduan.


"⁠Justeru pihak yang cuba memberikan gambaran bahawa berlaku penganiayaan dan kezaliman kepada mana-mana pihak atau individu perlu menghentikan hasrat tersebut.


"Mencabar atau cuba memperolokkan hak prerogatif YDPA merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan semangat bernegara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Amidi lagi.


Semalam, Istana Negara dalam kenyataannya berkata Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan remit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan seseorang banduan dengan nasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh baginda.


Oleh yang demikian, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberi pengampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang


Kenyataan itu turut menegaskan semua pihak diingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page