top of page

Hishammudin Rais tidak ditahan, rakam kenyataan bantu siasatan kes



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama pasukan polis merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais bagi membantu siasatan satu kes yang sedang dijalankan pada pukul 3.15 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur semalam.


SKMM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah menyerahkan notis kehadiran kepada Hishamuddin mengikut prosedur ditetapkan.


Kenyataan itu memberitahu Hishammuddin bukan subjek siasatan sebaliknya tindakan itu diambil bagi merakam kenyataan beliau berhubung satu kandungan bersifat jelik dipercayai telah dikongsi semula melalui laman blog ‘TukarTiub’ miliknya.


"Tiada sebarang penahanan atau sitaan peranti dibuat, dan siasatan telah selesai pada 6.45 petang (semalam)," menurut kenyataan tersebut.


SKMM berkata, sebarang tindakan siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu ke atas mana-mana individu adalah berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.


Semalam, sebuah portal melaporkan Hishamuddin disoal siasat oleh pihak polis selama lebih dua jam berhubung catatan blognya diterbitkan pada 25 April lepas, yang menimbulkan persoalan mengenai status kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page