top of page

Hina Nabi Muhammad: Seorang lelaki warga emas disiasat MCMC

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang lelaki tempatan berusia 63 tahun, yang memuat naik komen bersifat jelik melampau menghina Nabi Muhammad dan agama Islam di Facebook dipercayai milik beliau.


MCMC memaklumkan, ia dijalankan dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Johor pada 20 April lalu.


''Sebuah telefon bimbit berserta kad sim yang digunakan oleh suspek untuk memuat naik komen telah disita bagi tujuan analisis forensik.


''Kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.


''Kertas siasatan akan ditaklimatkan kepada Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi mendapatkan keputusan,'' maklum suruhanjaya itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


MCMC menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan platform media sosial khususnya menyentuh isu 3R (agama, kaum, dan institusi diraja) yang berpotensi mengakibatkan ketegangan antara agama dan mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.


Justeru, orang ramai diingatkan agar menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab.

Sebarang aduan berkaitan boleh 7dikemukakan melalui saluran rasmi MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page