top of page

Himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' kenang 26 tahun Reformasi



Himpunan Keadilan, Suara Rakyat Suara Keramat bermula pukul 8.00 malam tadi dengan pemidato pertama Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai pembuka majlis.


Shamsul membawakan penceritaan sejarah reformasi dua dekad lalu, krisis politik di antara Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika itu.


Katanya, hubungan mantap PM dan TPM yang pernah mencatat sejarah sebagai regu terbaik membawa banyak pelaburan asing ke dalam negara dan mencatat prestasi terhebat kerajaan BN pada pilihan raya umum 1995 tergugat apabila PM mula melihat timbalannya sebagai penghalang dan pencabar apabila krisis ekonomi mula melanda negara Asia pada 1997.


Krisis kewangan Asia yang berlarutan sehingga 1998, kata Shamsul, menyebabkan pelabur asing menarik modal keluar dan mata wang ringgit diserang oleh penyangak mata wang George Soros. Nilai ringgit daripada RM2.50 pada 1997 menjunam kepada RM4.70 pada 1998.


"BSKL jatuh menjunam. Banyak syarikat gulung tikar. Datuk Seri Anwar ketika itu dijadikan kambing hitam (kejatuhan ekonomi) untuk menyelamatkan legasi mahafiraun dan mahazalim (Mahathir).


"Pada 2 Sept 1998 Anwar dipecat sebagai TPM, Menteri kewangan. Negara dikejutkan dengan berita tersebut dan tidak dijelaskan dalam kenyataan media ketika itu mengapa beliau dipecat


"Pada 3 Sept beliau dipecat dari jawatan parti, Timbalan Presiden dan Majlis Tertinggi. Sepanjang seminggu Datuk Seri memilih untuk bertenang. Ini kerana Datuk Seri tidak mahu mengganggu persiapan negara untuk temasya antarabanagsa sukan Komanwel 1998," katanya.


Rakyat, kata Shamsul, terus tertanya tanya punca sebenar Anwar dipecat. Pada 12 Sept Anwar mengisytihar Deklarasi Permatang Pauh dengan tumpuan untuk memulihkan demokrasi, hak asasi dan menentang kebejatan serta rasuah pemerintah. Beliau memulakan siri ceramah keliling Semenanjung memberi penjelasan, dan rakyat mula memahami punca pemecatan akibat keengganan Anwar menggadaikan perbendaharaan negara demi menyelamatkan syarikat kroni PM dan orang orang kanannya.


Pada 20 September 1998, Shamsul yang baru selesai belajar di universiti bersama 200,000 para reformis bergerak dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka.


Teriakan reformasi, katanya, bergema pada hari hari terakhir acara sukan Komanwel ketika itu. Hal itu menyebabkan polis menurunkan masukan anti rusuhan FRU untuk meleraikan rakyat.


"Natijah keputusan kerajaan menghantar FRU menyaksikan pertempuran dari rakyat biasa menetang mahafiraun. Ramai yang ditangkap, ramai hilang kerja, beberapa nama telah diburu dan ditahan.


"Hadir mendukung gerakan reformasi, saudara Saifuddin, saudari Fuziah Salleh, Dr Syed Husin, Ruslan Kasim, Mokhtar Riduan, Saharudin Badarudin, Halim Ismail, Sidiq Fadhil, Ahmad Azam, Dr Mohd Nur Manuty, Lokman Adam, Zambry Kadir, Zahid Hamidi, Rahim Ghouse, Johari Abdul serta ramai lagi aktivis diburu pihak polis," katanya.


Namun peristiwa paling menggemparkan, katanya, pada malam 20 September apabila sepasukan unit komando polis membawa sejata api tempur merempuh masuk ke kediaman Anwar di Bukit Damansara. Penyokong panik ketika dilakukan tangkapan ala gestapo yang amat menghina keluarga Anwar.


"Namun Datuk Seri menenangkan keadaan dan rela hati menyerah diri kepada polis untuk menahannya. Agar kita semua tidak tidak diapa apakan pihak berkuasa. Agar kita tidak terkorban malam itu," katanya.


Tambah Shamsul, lima hari selepas tangkapan tiada khabar berita tentang Anwar dan kemudian terdedah ketika apabila beliau didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan rasuah. Pada hari pendakwaan itu Anwar dibawa polis dengan mata lebam. Gambar beberapa detik tersebut menjadi tajuk berita di seluruh dunia dan selepasnya adalah sejarah panjang perjuangan reformasi.


Anwar, kata Shamsul, lebih daripada ahli politik biasa, beliau merupakan simbol perjuangan rakyat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page