top of page

Himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' imbau sejarah perjuangan 1998



Himpunan Suara Rakyat, Suara Keramat 'Dari Reformasi ke Malaysia MADANI' di Stadium Axiata Bukit Jalil, Jumaat ini bakal mengimbau segala perit jerih perjuangan dilalui Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarga dan para penyokongnya.


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Nurul Izzah Anwar pada satu sidang media pada Rabu berkata, himpunan itu bakal membawa peserta kembali ke memori perjuangan yang bermula sejak 1998.


Himpunan itu juga jelasnya akan membawa suara-suara pemegang taruh yang sebelum ini berjaya menghidupkan gerakan reformasi berkenaan sehinggalah mewujudkan ruang kerjasama antara parti bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan.


"Sebelum ini, kita tidak berpeluang menyambut perjuangan pada tarikh 20 September, jadi dalam himpunan itu nanti kita akan sambut, kenang memori serta hargai setiap perjuangan kita.


"Himpunan ini juga akan mengetengahkan ramai reformis 'otai' yang dahulu berani kedepan dan satu ketika dahulu mewakili rakyat.


"Sesiapa yang hadir seperti menjalani sebuah memori, itu yang kita akan ketengahkan pada Jumaat ini," kata beliau dipetik.


Mengulas lanjut Nurul Izzah berkata, himpunan itu juga sebagai platform untuk membangunkan negara ini dengan lebih baik.


"Kita perlu meraikan sejarah supaya ia menjadi satu lembaran pengajaran (dan daripada sejarah) itu juga kita boleh membina Malaysia dengan lebih baik.


"Walaupun apa yang berlaku dulu adalah satu detik hitam tetapi terus terang saya sebenarnya bersyukur kerana semua yang datang daripada Allah itu membawa hikmah tersendiri," katanya.

Tarikh 20 September detik bermula gerakan reformasi tahun 1998 dengan terjadinya himpunan besar di Dataran Merdeka.


Himpunan itu berjaya menghimpunkan seluruh rakyat dari segenap pelusuk negara sehingga tertubuhnya sebuah parti politik baharu, Parti Keadilan Nasional yang selepas itu dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

20 September disisi pejuang reformis pula adalah detik hitam apabila pada tarikh itu Anwar ditahan di kediamannya di Bukit Damansara dan dipukul di lokap polis, yang menjadi pencetus gelombang kebangkitan rakyat menuju Pilihan Raya Umum 1999.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page