top of page

Himpunan solidariti Najib: UMNO bijak tidak menari ikut rentak Pas



Pembatalan penganjuran himpunan solidariti Najib Razak oleh UMNO pada 6 Januari ini demi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar pihak yang mahu tahanan diampunkan perlu memohon ke Lembaga Pengampunan merupakan satu tindakan bijak.


Menurut Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Melaka, Khairi Aliman, keputusan UMNO itu mencerminkan kepatuhan terhadap titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan mengutamakan prinsip kedaulatan undang-undang serta kesetiaan kepada institusi Raja-Raja Melayu.


Bagaimanapun, katanya, tindakan Pas yang mahu meneruskan himpunan itu seolah olah tidak menerima kenyataan bahawa percubaan mereka untuk memanipulasi isu telah tersekat.


"Keputusan ini turut memberi mesej kegagalan Pas menunggang isu perhimpunan solidariti untuk mencetuskan perpecahan dalam Kerajaan Perpaduan. Percubaan mereka memanipulasi sokongan rakyat demi agenda politik sempit tidak mendapat sambutan.


"Langkah UMNO yang tidak menari dengan gendang dipalu Pas membuktikan bahawa politik adu domba tidak lagi relevan.


"Pendirian UMNO itu juga dilihat mampu mengukuhkan keyakinan rakyat bahawa segala isu berkaitan Datuk Seri Najib Razak wajar diselesaikan melalui proses perundangan yang adil dan telus, tanpa campur tangan politik.


"Prinsip ini penting bagi mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman negara. Proses kehakiman tersebut adalah asas kepada keutuhan demokrasi dan keadilan undang-undang dalam negara kita," katanya dalam kenyataan hari ini.


Khairil yang juga Setiausaha AMK Masjid Tanah berkata, AMK berharap semua pihak tidak lagi mempergunakan isu pengampunan Najib atau titah adendum Yang di-Pertuan Agong terdahulu sebagai alat politik yang boleh memecahbelahkan rakyat dan Kerajaan Perpaduan yang sedang giat memacu usaha memulihkan ekonomi negara dan memperkukuhkan perpaduan melalui agenda Malaysia Madani.


"Langkah-langkah ini memerlukan sokongan padu daripada semua pihak untuk memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat tanpa mengira latar belakang.


"AMK Masjid Tanah menyeru semua pihak, termasuk generasi muda, untuk terus fokus kepada usaha membangunkan negara dan memperkukuh keharmonian.


"Masa depan negara ini lebih bergantung kepada perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia berbanding perpecahan yang dicetuskan oleh agenda politik sempit," katanya lagi.


Semalam, Istana Negara dalam kenyataannya berkata Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan remit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan seseorang banduan dengan nasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh baginda.


Oleh yang demikian, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberi pengampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang


Kenyataan itu memberi gambaran bahawa pemerintah tertinggi negara memberi satu lagi peluang bagi Najib ditahan di rumah melalui permohonan kepada Lembaga Pengampunan.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page