Oleh: Abdullah Zaid
KEADILAN Sabah menjemput semua pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan hadir ke Himpunan Perdana Rakyat yang berlangsung pada Ahad ini.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, acara julung kali di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu itu akan membariskan acara pidato pimpinan pusat, antaranya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah.
"Kita yakin kehadiran lebih 10 ribu dan membariskan pemidato tempatan dan pusat untuk menyemarakan Himpunan Perdana ini.
"Selain itu, Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN akan menyampaikan pidato beliau pada pukul 12 tengahari dan akan berada di majlis itu hingga 2 petang sebelum berangkat ke Kuala Lumpur bagi acara Himpunan solidariti Palestin di Axiata Arena, Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita di Program Sembang Santai Luncheon di Restoran Rebung 2, Putrajaya, hari ini.
Katanya, acara majlis berkenaan turut dihiasi dengan peluncuran Deklarasi Kinabalu mengariskan tujuh perkara menyentuh kepentingan Sabah.
"Pada himpunan tersebut kita akan meluncurkan Deklarasi Kinabalu dan kita gariskan tujuh perkara sinergi KEADILAN Sabah, jadi ia akan menjadi asas untuk kita bergerak ke peringkat Sabah dan nasional.
"Deklarasi ini kita berbincang dengan pimpinan negeri yang telah bersepakat pada retreat ya lalu," ujarnya.
Kommentare