top of page

Himpunan Pas bela Najib rugikan imej negara, hormatlah keputusan hakim

Updated: 2 days ago



Himpunan besar besaran membela bekas Perdana Menteri Najib Razak yang dirancang oleh Pas dianggap merugikan imej negara.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, tiada alasan yang kukuh untuk parti pembangkang menganjurkan himpunan tersebut kerana Najib telah pun dibicarakan secara adil di mahkamah manakala yang dituntut hanyalah mengurangkan hukuman kepada tahanan di rumah.


"Apa perlunya? Datuk Najib telah dibicarakan dengan adil. Tidak ada miscarriage of justice berlaku. Dia telah didapati bersalah dan dihukum.


"Saya terima keputusan Lembaga Pengampunan diraja yang mengurangkan hukuman terhadap Najib. Itu kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.


"Tentang Titah Adendum itu tunggulah keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari depan


"Mengapa mesti ada perhimpunan raksaksa untuk menekan Hakim dan Mahkamah?" tanyanya dalam kenyataan.


Tegas Hassan, kesalahan yang dilakukan oleh Najib dan telah dibuktikan di mahkamah dalam kes SRC International adalah besar.


Dalam masa sama, katanya, keputusan hakim hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam kes Najib perlulah dihormati bagi memperteguh prinsip negara hukum.


"Pada pandangan peribadi saya ini (kesalahan Najib) satu pengajaran supaya tidak ada lagi pemimpin negara, hatta seorang Perdana Menteri boleh diberi hukuman ringgan atas perbuatan tidak amanah, rasuah dan salah guna kuasa," ujarnya.


Oleh itu, Hassan berkata, perhimpunan yang dianjurkan Pas di Putrajaya di hadapan Istana Kehakiman seminggu daripada sekarang, sekiranya berlaku bakal memberi 'gambaran terpesong' di mata masyarakat tentang kedaulatan undang undang.


"Perhimpunan anjuran Pas dan Umno pada 6 Januari 2025 di Putrajaya di hadapan Istana Kehakiman adalah merugikan negara dan merosakkan semangat rakyat yang mahu melihat negara Malaysia yang adil, tidak rasuah yang bergerak seperti seruan Rukunegara yang menghormati kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.


"Bukannya negara yang mengamalkan sistem keadilan dua darjat yang mengutamakan kepentingan golongan elit yang berkuasa," katanya lagi.


Untuk rekod, Pas sejak seminggu lalu mempromosikan idea himpunan membela Najib yang kononnya tidak mendapat keadilan berhubung isu titah adendum Yang di-Pertuan Agong untuk beliau ditahan di rumah.


Sedangkan ketika Pas berada dalam Kerajaan Persekutuan (2020 - 2022) parti itu tidak pernah berusaha membawa pengampunan ke atas Najib, sehinggalah PM ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa hal berkenaan ke dalam agenda mesyuarat Lembaga Pengampunan ketika beliau memangku jawatan Menteri Wilayah Persekutuan pada 2023 lalu.

1 comment

Recent Posts

See All

1 Comment


jazmigrab
a day ago

sebaiknya yb jaga aje kawasan yb.itu yg utama.ckp yb pun dah mcm org tua nyanyok aje bunyinya.

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page