top of page

Himpunan Palestin: 'TPM tersasul, pembangkang jangan jadi mata lalat'



Kesilapan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam melaungkan sokongan kepada Palestin pada Himpunan Pembebasan Palestin di Stadium Axiata, Bukit Jalil sebelum ini sengaja dijadikan bahan cemuhan oleh penyokong pembangkang di media sosial.


Tidak kurang juga yang berkata Zahid tidak ikhlas dalam ucapannya sehingga tersasul dan sebagainya.


Bagi Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Mustapa Mansur Amer Mohd Isa, tohmahan laskar siber dan penyokong PN itu tidak ubahnya seperti 'mata lalat' yang hanya pandai memerhati benda busuk dan tidak mahu melihat perkara baik daripada ucapan seorang pemimpin.


"Pagi tadi (Isnin) saya lihat beberapa room di sebelah pembangkang, mereka cuba menjadikan kesilapan ucapan TPM semalam (Ahad), tersasul mengungkapkan perkataan, maksud lain ucapan lain sebagai isu besar.


"Namun kesilapan itu hanya beberapa patah perkataan. Yang lain, isi yang benar, yang indah itu tidak diangkat.


"Cara ini seperti mata lalat, otak lalat. Nak dicari yang busuk saja, yang kotor. Kalau kita nak ungkap kesilapan, tersasul, pemimpin pembangkang pun banyak juga yang tersasul," katanya dalam siaran balas TikTok petang tadi.


Mustapa mengingatkan bahawa 'salah cakap' pemimpin pembangkang tidak dijadikan modal politik oleh penyokong Pakatan Harapan kerana semua tahu makna ucapan yang sebenar.


Menurutnya, beliau ingat seorang imam solat dari Perikatan Nasional beberapa minggu sebelum pilihanraya lalu pernah tersasul berdoa 'hancur PN' ketika mendoakan kehancuran musuh politik mereka.


"Ketika seorang imam PN berdoa bersungguh sungguh, saya ingat lagi dia berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah Perikatan Nasional'. Yang duduk belakang semua 'amin'. Bukan sekali, banyak kali," katanya.


Dalam pada itu, Mustapa juga mengingatkan pihak kerajaan berwaspada agar tidak berulang lagi kesilapan sedemikian dalam acara yang melibatkan perwakilan asing seperti solidariti kepada pejuang Palestin.


"Untuk elakkan kesilapan boleh dipaparkan point penting seperti pada waktu khutbah Jumaat. Dipaparkan di skrin supaya tidak tersasul.


"Saya pun pernah tersasul dalam ucapan, mungkin akibat faktor keletihan. Jadi mohon Setiausaha TPM atau PM ambil perhatian," katanya lagi.


Untuk rekod, TPM pada malam Ahad 4 Ogos lalu dua kali tersalah sebut sokongan kepada Palestin sebagai menyokong Israel.


Hal itu dijadikan tohmahan laskar siber dan penyokong PN pada Isnin yang mendakwa pihak mereka adalah pejuang sebenar gerakan kemerdekaan Palestin dan pihak Kerajaan Madani tidak pernah ikhlas dalam berjuang.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page