top of page

Himpunan Keadilan Suara Rakyat imbau sejarah juang PMX



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: Saya adalah antara insan yang amat teruja untuk bersama-sama menyertai Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat yang bakal berlangsung di Stadium Axiata Bukit Jalil malam esok (Jumaat).


Perhimpunan yang paling dinanti yang pastinya membawa imbauan sejarah perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak lebih 25 tahun lalu.


Himpunan KEADILAN Suara Rakyat, Suara Keramat 'Dari Reformasi ke Malaysia Madani ' adalah juga sebuah himpunan untuk memperingati kejayaan perjuangan reformasi di negara ini.


Menyambut reformis


Walaupun perhimpunan bakal bermula pukul 8 malam esok, saya dimaklumkan ramai rakan-rakan reformis dari seluruh negara yang mereka sudah pun berada di ibu negara untuk menyertai himpunan berkenaan.

Noraini Nordin

Begitu bersemangat mereka untuk bertemu kenalan lama dan baharu dalam suasana yang ceria serta gembira.


Semangat juang beginilah yang menjadikan saya tidak sabar untuk menyambut para reformis, sahabat-sahabat seperjuangan dari seluruh negara untuk bersama membangkitkan semangat reformasi yang kental.


Indah dan manisnya perhimpunan ini nanti adalah kerana Anwar sudah pun berjaya menjadi Perdana Menteri dan kini sedang menjalankan tugasnya dengan cemerlang menerajui Kerajaan Madani.


Himpunan skala mega


Tahniah kepada penganjur yang mengusahakan himpunan skala mega ini dan bakal mencatatkan satu lagi sejarah gemilang KEADILAN.


Ia diusahakan secara bersama antara gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan mahasiswa yang menyokong perjuangan reformasi yang diasaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Secara khusus, Himpunan Gerakan Rakyat adalah bagi memperingati detik bermulanya gerakan reformasi pada 20 September 1998 yang bertempat di Dataran Merdeka yang menghimpunkan seluruh rakyat dari seluruh negara sehingga terlahirnya sebuah parti politik baru iaitu Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya dikenali hari ini sebagai Parti Keadilan Rakyat.


Hari ini, Parti Keadilan Rakyat yang ditubuhkan melalui semangat reformasi itu sudah berjaya menerajui Kerajaan Madani dengan Anwar sebagai Perdana Menteri.


Mobilisasi penyokong


Justeru itu, Mantan Setiausaha Agung Keadilan Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataannya baru-baru ini telah memaklumkan, ketetapan khusus telah dibuat supaya pimpinan - pimpinan peringkat negeri, cabang dan sayap untuk mengambil peranan memobilisasi anggota-anggota di peringkat masing-masing bagi menjayakan himpunan tersebut.


Katanya, bagi negeri Selangor, setiap cabang di negeri itu dikehendaki menghantar peserta seramai 300 ke himpunan berkenaan.


"Bagi Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan, setiap negeri dikehendaki memastikan cabang Keadilan masing-masing menghantar 200 peserta," jelas beliau lagi.


Selain itu, bagi negeri-negeri yang lain, tegas Saifuddin, setiap cabang dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya antara 20 hingga 30 orang peserta.


"Sayap Angkatan Muda Keadilan dan Wanita KEADILAN pula perlu menghantar sekurang-kurangnya 10 hingga 20 orang dari setiap cabang," tambah Saifuddin yang merupakan Menteri Dalam Negeri.


Akhirnya, Saifuddin berharap agar dengan sokongan dan kerjasama semua pihak dalam Keadilan menjayakan Himpunan Gerakan Rakyat itu nanti akan lebih menyemarakkan lagi semangat Malaysia Madani.


Ayuh semua ..kita berjumpa malam esok.


Reformasi..Reformasi..Reformasi


_____________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page