Oleh: Noraini Nordin
ULASAN BERITA: Petang semalam telah berlangsung himpunan aman yang dinamakan “Rakyat Lawan Anwar” di perkarangan Seri Perdana di Putrajaya.
Gendang himpunan tersebut telah lama dipalu untuk mengajak orang ramai menghadirinya, kononnya sebagai mesej bantahan terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hari-hari kumpulan itu berkempen dengan menggunakan pelbagai cara untuk mengheret sejumlah rakyat bersama mereka.
Namun sebagaimana dilaporkan oleh kebanyakan media-media utama semalam, hanya sekitar 150 hingga 200 sahaja yang hadir dalam himpunan tersebut.
Himpunan gagal mendapat sambutan
Gambar-gambar berkaitan himpunan itu yang bersepah-sepah di media sosial boleh mengesahkan bahawa ianya tidak mendapat sambutan.
Dalam erti kata yang lagi mudah, himpunan tersebut adalah gagal.
Bak kata para netizen dalam media sosial "mahu melawan atau mahu menjatuhkan Perdana Menteri macam mana kalau yang hadir hanya 200 orang sahaja?"
"Orang hadir kenduri kahwin pun lagi ramai"
Alahai.. sudah-sudah berilusi atau bermimpi. Terimalah hakikat bahawa PMX tetap disanjungi dan diyakin untuk terus menerajui Kerajaan Perpaduan.
Isyarat jangan membuang masa
Gagalnya himpunan semalam merupakan isyarat jelas kepada penganjur yang memang bukan rahsia lagi mempunyai kaitan dengan pembangkang agar tidak membuang masa mahu menjatuhkan kerajaan dan PMX.
Rakyat sudah letih melihat episod-episod lalu di mana beberapa kerajaan dijatuhkan dan bertukar ganti di tengah jalan, tetapi akhirnya tidak pun keadaan berubah menjadi lebih baik. Pastinya rakyat mahu PMX terus diberi peluang untuk memimpin negara.
Rakyat mahu keamanan dan kestabilan untuk mereka jalani kehidupan bahagia bersama keluarga masing-masing. Usaha sia-sia mahu menjatuhkan PMX ini telah menjadi bahan lawak kepada netizen serta memalukan diri sendiri.
Dengan hanya 200 yang hadir, bermakna rakyat lebih menyokong Kerajaan Madani pimpinan Anwar dan menolak sama sekali agenda menukar kerajaan di pertengahan jalan.
Pesanan penulis, jangan membuang masa. Jika kalian benar-benar sayangkan negara marilah kita bersama-sama PMX membangunkan Malaysia menuju kegemilangan.
*Kredit foto: SuaraTV
___________________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Comments